Video Perempuan Cina Serang Penguatkuasa Dengan “Steering Lock”

Share This:

SEORANG perempuan Cina bertindak di luar batasan apabila cuba menyerang dengan menggunakan “steering lock” seorang penguatkuasa yang menjalankan operasi kapit tayar kenderaan yang di letakan menyalahi peraturan jalan raya.

Dalam video yang sedang viral di media sosial, perempuan Cina tersebut mempersoalkan samada perbuatan beliau membeli makanan adalah salah di sisi undang-undang.

Penguatkuasa tersebut menjawab bahawa membeli makanan memang tidak salah namun cara beliau meletakkan kereta bukan di tempat sepatutnya menjadikan perempuan tersebut melakukan satu kesalahan.

Namun perempuan Cina tersebut tetap tidak berpuashati dengan jawapan penguatkuasa tersebut sambil terus menjerit-jerit dengan memegang “steering lock” yang diacukan ke arah penguatkuasa itu.

Tindakan mengacukan “steering lock” tersebut dilihat seolah-olah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengautkuasa yang hanya menjalankan tugas beliau.

Ini adalah kali kedua video perempuan Cina bersikap samseng terhadap penguatkuasa. Sebelum ini pasangan Cina telah bersikap kurang ajar terhadap pegawai wanita yang menyaman kereta mereka.

 

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*