RCI Forex Medan Pengikut Mahathir Putar Belit Fakta

Share This:

Sepanjang minggu ini, tumpuan rakyat Malaysia terarah kepada apa yang berlaku terhadap sesi inkuari Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI). Manakan tidak, sepanjang minggu ini, beberapa orang VIP dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kerugian besar yang dialami dalam urusniaga tukaran matawang asing (Forex).

Kehadiran bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti AKhtar Aziz, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup dinantikan oleh mereka yang mengikuti rapat prosiding inkuari berkenaan. Ini kerana, ketiga-tiga mereka dipercayai mengetahui setiap perkara yang berlaku antara 1988 sehingga 1994 di mana urusniaga berkenaan berjalan.

Menariknya, sepanjang prosiding inkuari dijalankan terhadap ketiga-tiga ini, mereka sendiri bercanggah pendapat berhubung kerugian dan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam urusniaga berkenaan. Dalam keterangan yang diberikan Zeti terhadap juri RCI minggu ini, dia mengakui, Bank Negara Malaysia mengalami kerugian RM 32 bilion sepanjang tempoh 1988 sehingga 1994.

Melihat kepada angka ini, ianya jauh lebih besar dari apa yang diumumkan oleh kabinet dalam satu sidang Parlimen pada tahun-tahun berkenaan. Malah, jumlah ini cukup besar nilainya jika dikira keadaan ekonomi semasa negara di mana sepatutnya jumlah ini disalurkan untuk membangunkan negara, bukan meletakkan wang negara di meja-meja judi.

Namun begitu, seolah-olah merelakan dirinya dipersalahkan demi melindungi Tun Dr Mahathir, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan semua kesalahan kerugian berkenaan keatas dirinya. APa yang menghairankan, dia cuba untuk tidak mengaitkan Mahathir yang pada ketika itu Perdana Menteri dengan mendakwa, semua keputusan untuk mempertaruhkan wang negara berkenaan diputuskan oleh dirinya sendiri.

Persoalannya, adakah mungkin wang sebanyak ini tidak perlu mendapat kebenaran atau keizinan dari seorang Perdana Menteri? Agak melucukan sebenarnya apabila Mahathir dalam satu reaksinya memberitahu, dia tidak ingat akan perkara ini. Mana mungkin hal sebegini boleh berlaku kerana jumlah yang dilabur dan dilesapkan cukup banyak dan ianya seharusnya mendapat keizinannya terlebih dahulu?

Walaupun pada hari sebelumnya, Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan beban kehilangan wang ini dibahunya, menerusi keterangan separa benar yang dibuat oleh Anwar yang pada ketika itu Menteri Kewangan, menampakkan sebaliknya. Tanpa dia sedari, dia telah mengakui bahawa Mahathir sememangnya mengetahui perjalanan keluar dan kerugian yang dialami dalam pelaburan berkenaan namun Mahathir mengambil sikap tidak peduli.

Lihat sahaja bagaimana kenyataan ketiga-tiga orang yang dipanggil bagi memberi keterangan dihadapan RCI ini. Tidak ada kosistentasi dalam keterangan mereka walaupun hakikatnya, Zeti telah mengakui akan kehilangan RM 32 bilion dalam urusniaga Forex ini.

Itu belum lagi mengambil kira beberapa keterangan dari beberapa orang saksi yang terlibat atau tidak dalam urusniaga ini. Nampaknya, RCI ini telah mendedahkan satu perkara awal bahawa mereka yang pernah bersama atau berkhidmat di bawah Mahathir seolah-olah sepakat untuk mengelak dari mengaitkan Mahathir dalam hal ini.

Sebaliknya, mereka akan cuba mencari seorang yang boleh dijadikan “kambing hitam” untuk dipersalahkan seperti mana yang dilakukan oleh Nor Mohamed Yakcop. Pernahkan mereka atau pentaksub Mahathir terfikir, siapa Perdana Menteri pada waktu berkenaan yang begitu bodoh menyerahkan urusan wang negara kepada orang bawahan untuk diperjudikan dalam urusniaga Forex?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*