Tuduhan 1MDB, Hanya Pakatan Tahu, BNM Rugi Zaman Mahathir Semua Orang Tahu

Share This:

Satu perkara penting yang sudah dibuktikan dengan tidak sengaja dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dagangan mata wang asing (Forex) ini ialah tentang pembohongan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad berkenaan dakwaan wang yang diambil secara tidak sah dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kisah dakwaan wang disonglap dari 1MDB ini hanya dimulakan oleh sebuah portal picisan Sarawak Report (SR) yang diuruskan dan didalangi oleh Mahathir yang kemudian menggunakan laporan palsu itu untuk menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dalang mengambil wang berkenaan.

Selaku ketua kerajaa, Najib sendiri mengarahkan agensi pihak berkuasa di negara ini melakukan siasatan segera dan semua siasatan mendapati ia tidak berasas dan Najib tidak ada melakukan sebarang jenayah.

Dakwaan ini hanya diketahui dan dipercayai oleh Mahathir, dan pemimpin pembangkang macam Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim serta kemungkinan pemimpin di peringkat bawahan.

Tidak pernah kes ini didakwa di mana-mana mahkamah atau Najib dituduh dengan apa-apa tuduhan hatta di luar negara sekalipun. Apa yang ada hanya saman sivil iaitu yang difailkan oleh individu biasa ke atas kerajaan Malaysia yang akhirnya tidak diteruskan kerana tiada bukti.

Tapi, dalam bab skandal Forex dalam prosiding RCI ini, betapa ramai individu yang mengetahui dan mengesahkan memang ada kehilangan kira-kira RM31.074 bilion wang negara ketika era 90-an, iaitu zaman pemerintahan Mahathir.

Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sendiri pun sudah mengesahkan memang ada kehilangan itu dan ia tidak disiasat.

Sampai, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar juga tahu dan akui kehilangan wang sebanyak itu pada masa itu benar. Prosiding pula dilakukan di hadapan ahli panel RCI yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk mengenalpasti punca dan siapa dalang yang menyebabkan kerugian itu.

Apa lagi yang hendak dinafikan oleh Mahathir perkara ini berlaku pada zaman pentadbirannya?

Jika Mahathir tidak terlibat, beliau sepatutnya selepas bersara boleh terus mendedahkan kepada kerajaan ketika itu di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkenaan kerugian berkenaan untuk disiasat segera. Jika Mahathir pada masa menjadi Perdana Menteri gagal menyelesaikan masalah berkenaan kerana masalah tertentu.

Beliau bagaimanapun, sejak 2003 selepas letak jawatan Perdana Menteri, beliau hanya sibuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan tetapi membiarkan sahaja skandal kerugian BNM yang begitu besar tertutup begitu dengan harapan ia tidak akan didedahkan sampai bila-bila.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*