Suu Kyi Cuba Putar Belit Fakta Sebenar Apa Yang Berlaku Di Rakhine

Share This:

Ketika seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya apa yang berlaku di Rakhine, pemenang anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi dilihat cuba mengalihkan perhatian dunia. Dalam satu kenyataannya semalam, Suu Kyi mendakwa, apa yang disebarkan oleh media kepada dunia sebenarnya adalah gambaran palsu tentang apa yang sebenarnya berlaku di Rakhine, lokasi di mana etnik Rohingya di bantai dengan begitu kejam.

Suu Kyi mendakwa, media antarabangsa telah bertukar menjadi “pengganas” apabila menggambarkan keadaan di Rakhine dan beberapa daerah di kawasan berkenaan sebagai lokasi penghapusan etnik. Dakwa Suu Kyi lagi, kerajaan telah melindungi orang awam yang terjejas akibat pertempuran antara junta tentera dengan pemberontak ARSA dengan baik dan menjaga kebajikan penduduk yang terlibat.

Persoalannya, jika benar dakwaan Suu Kyi ini, bagaimana pula beberapa imej dan video yang dirakam sendiri oleh junta tentera Myanmar sewaktu membantai orang awam di Rakhine? Bagaimana pula wujudnya dakwaan yang menyatakan, tentera Myanmar kini sedang giat memasang jerangkap samar di sepanjang sempadan negara berkenaan dengan Bangladesh bagi menghalang sebarang aktiviti keluar masuk etnik Rohingya?

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber dari kerajaan Bangladesh, menerusi risikan dan pemerhatian, mereka percaya, tentera Myanmar sedang giat memasang jerangkap samar disepanjang laluan keluar masuk negara berkenaan dengan Bangladesh. Perkembangan ini nyata menyalahi Konvensyen Geneva yang menggariskan tidak membenarkan sebarang pemasangan jerangkap samar di mana-mana lokasi perperangan.

Agak menghairankan, bagaimana Suu Kyi cuba mengelirukan masyarakat antarabangsa kononnya melayan etnik Rohingya dengan baik sedangkan hari ini, terdapat lebih 150 ribu orang etnik Rohingya cuba mendapatkan perlindungan di beberapa kawasan di sempadan Bangladesh – Myanmar terutamanya di Cox’s Bazar. Adakah itu yang didakwa Suu Kyi sebagai menjaga kebajikan etnik Rohingya?

Sepatutnya, sebagai seorang pemenang Nobel Keamanan, bekas tahanan rumah antara terpanjang di dunia dan pemimpin paling disanjung oleh rakyat Myanmar, dia seharusnya menyeru kepada perdamaian berterusan di kawasan yang bergolak. Dia juga boleh meminta pasukan tentera negara berkenaan mengelak dari terus membantai etnik Rohingya. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Menerusi kenyataan yang dia keluarkan, jelas dapat dilihat bahawa Suu Kyi kini cuba menyucikan imej tenteranya yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa. Mungkin Suu Kyi boleh menipu menerusi kenyataannya, namun hakikatnya, tenteranya sendiri yang mendedahkan bagaimana mereka menyeksa, merogol, membakar hidup-hidup dan membunuh etnik Rohingya sewenang-wenangnya.

Lebih utama, apa yang berlaku di Rakhine inii bukan kali pertama dilihat di dunia. Pembantaian ini adalah kesinambungan dari berpuluh serangan, pengusiran dan pembunuhan yang dilakukan oleh junta tentera Myanmar di mana kesemua pemimpin utama Myanmar termasuk bapa Suu Kyi sendiri, menutup mata mereka. Adakah ini yang Suu Kyi namakan sebagai penyebaran maklumat yang salah?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*