RCI Skandal FOREX : Nor Mohamed Yakcop Cuba Selamatkan Mahathir

Share This:

Pada hari ke-16 semalam dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Istana Kehakiman Putrajaya, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membuat pengakuan besar bahawa beliau yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam skandal berkenaan yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) rugi lebih RM30 bilion.

Pada masa berlakunya skandal itu ketika BNM melibatkan diri dalam dagangan mata wang asing sekitar tahun 90-an, beliau bertugas sebagai Penasihat BNM dan mengaku memainkan peranan menyebabkan kerugian tersebut.

Ada unsur yang tidak kena apabila, boleh diperhatikan bahawa beliau cuba menyelamatkan seseorang yang lebih berpengaruh daripada dipertanggungjawabkan dalam skandal ini.

Dalam keterangannya di hadapan panel RCI, Nor Mohamed ada berkata bahawa dia tidak dapat mengingai berapa had yang dibenarkan ketika BNM memperdagangkan mata wang asing pada ketika itu.

Bagaimanapun, bekas Peguam Negara Tan Sri Ainum Mohd Saaid berkata, bank pusat itu memperdagangkan mata wang asing sehingga mencecah RM50 juta sehari. Takkan, Nor Mohamed ada kuasa untuk meluluskan peruntunkan sebanyak itu dalam membuat pelaburan berkenaan mata wang asing ini.

Sudah pasti ada orang atasan yang lebih berkuasa dari diri beliau akan membuat keputusan berkenaan.

Sebagai seorang yang berpengalaman, Nor Mohamed sepatutnya tahu perihal undang-undang bahawa BNM tidak boleh terlibat dalam perdagangan mata wang asing.

Ia membawa kepada keterangan daripada Ainum yang pada masa itu sebagai Ketua Bahagian Penasihat Pejabat Pegua Negara yang menyatakan pejabatnya tidak menerima cara BNM mentafsirkan undang-undang dagangan Forex dan ia bertentangan dengan peraturan.

Siapa yang cuba beliau lindungi dalam isu ini ketika ini ada kemungkinan dua orang, pertama iaitu bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dalam keterangan awal saksi sebelum ini, Anwar ada mengarahkan bahawa isu kerugian BNM ini disembunyikan dari pengetahuan orang ramai.

Ia adalah kerana, jika diketahui Anwar bimbang beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Kedua, ialah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang pada ketika itu ketika kegawatan ekonomi 1997, begitu lantang menuduh penyangak mata wang George Soros yang melakukan serangan ke atas mata wang Ringgit sehingga ia teruk merudum menjejaskan ekonomi negara.

Jika rakyat tahu, Mahathir dalang kerugian BNM, plot cerita menyalahkan Soros akan terjejas dan Mahathir sudah pasti akan didesak oleh rakyat supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sudah pasti huru hara dalam sistem politik negara.

Bagaimanapun, perbuatan Nor Mohamed jika ada melindungi sesiapa tidak berbaloi kerana dek skandal itu, negara sudah kerugian berbilion ringgit pada zaman pentadbiran seorang Perdana Menteri bernama Mahathir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*