Kenapa Mahathir Tidak Tubuhkan Sendiri RCI Siasat Skandal Forex?

Share This:

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sepatutnya boleh dengan sendiri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ketika masih berkuasa untuk menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang begitu besar kerana skandal dagangan mata wang asing (Forex).

Kerugian ini yang dikatakan berjumlah RM31.074 bilion berlaku sekitar 90-an ketika beliau mentadbir negara dan ketika itu jugalah berlaku kegawatan ekonomi.

Sebaik ekonomi mula pulih pada tahun 2000, Mahathir tidak mengambil apa-apa langkah tetapi menyalahkan pedagang mata wang, George Soros yang bertanggungjawab melumpuhkan mata wang Malaysia, Ringgit pada masa itu sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi sampailah beliau letak jawatan pada 2003.

Selepas itu, pun Mahathir membiarkan kes kerugian BNM itu dalam diam tapi sibuk suruh Perdana Menteri selepas dirinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dan kini desak Datuk Seri Najib Tun Razak pula letak jawatan.

Isu skandal Forex terbiar. Dia pula begitu angkuh sebelum ini dalam ceramah politiknya kata, dia sedia disiasat oleh RCI.

Jika Mahathir benar-benar mentadbir negara dan sayangkan Malaysia, kenapa pentadbirannya menyembunyikan kerugian berkenaan begitu lama sampai 14 tahun sejak 2003. Selepas bersara, Mahathir boleh sahaja mendedahkan perkara itu dan meminta kerajaan menyiasat kerugian dan mengenalpasti punca dan siapa dalang sebenar.

Ia amat berbeza sekali dengan Najib, apabila mengetahui dakwaan yang dibuat oleh Mahathir berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu wang derma RM2.6 bilion, Najib terus mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas dakwaan berkenaan oleh pihak SPRM, Polis, Jabatan Audit Negara dan BNM sendiri.

Hasilnya, dakwaan berkenaan didapati tiada bukti dan tidak memerlukan kepada prosiding pendakwaan di mahkamah melibatkan Najib.

Mahathir pula sanggup mendiamkan diri dan terus menjalani kehidupan seperti biasa padahal ada berbilion ringgit sudah lesap di bawah pentadbirannya.

Dakwaan beliau ke atas Najib berkaitan 1MDB tidak ada bukti pun sampai ke waktu ini, padahal RCI berkenaan Forex ini sudah memperlihatkan saksi yang mengaku bahawa jumlah wang berkenaan memang sah hilang, sebagai Perdana Menteri takkan Mahathir tidak tahu langsung berkenaan apa-apa tentangnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*