Zeti Akui BNM Rugi Zaman Mahathir

Share This:

Kenyataan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ke atas bekas Gabenor BNM sebelum beliau Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein nampaknya seakan-akan meletakkan kesalahan berkenaan ke atas bekas gabenor itu tanpa Zeti enggan mengambil tanggungjawab langsung.

Zeti memberitahu ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa sebagai gabenor, beliau terpaksa bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku ketika tempoh khidmatnya.

Apakah agaknya reaksi dari anak menantu kepada Jaffar, iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkahwin dengan anak beliau, Rossana.

Pihak tertentu berpendapat, Zeti menyebut nama Jaffar kerana individu itu sudah meninggal dunia.

Persoalan ke atas Zeti juga wujud, kenapa di depan RCI baru beliau hendak mengaku berkenaan kerugian BNM yang begitu besar sedangkan hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah semasa menjadi Gabenor bank pusat itu dari tahun 2000 sehingga tahun lepas.

Semasa beliau memegang jawatan Gabenor, tidak ada langsung isu berkaitan kerugian dalam skandal Forex ini timbul padahal ia hanya beberapa tahun selepas Zeti mengambil alih.

Zeti pernah disebut sebelum ini ada komplot tidak baik dengan dua lagi bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamed.

Apabila tiba saat prosiding RCI ini, baru Zeti mengaku bahawa ada kerugian berlaku pada sekitar 90-an iaitu ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad iaitu pada tahun 1981 hingga 2003.

Zeti dalam keterangannya berkata, BNM merekodkan kerugian RM32.074 bilion dari tempoh 1988 hingga 1994.

Memberi keterangan dihadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian forex BNM era 1990-an, Zeti berkata kerugian awal adalah RM3.503 bilion antara 1988 hingga 1989 seterusnya mencatatkan keuntungan pada RM2.473 bilion pada 1990 dan rugi 10 kali ganda kepada RM31.5016 dari 1991 hingga 1994.

“Jumlah kerugian keseluruhan dialami BNM dalam urus niaga forex bagi 1988 dan 1989 ialah RM3.503 bilion dan bagi tahun 1991 hingga 1994, kerugian ialah RM31.506 bilion.

“Keuntungan pada 1990 ialah RM2.473 bilion,” kata Zeti yang merupakan saksi ke-16 dipanggil memberi keterangan kepada pasukan RCI.

Betapa banyak BNM rugi pada zaman Mahathir. Esok dikatakan bekas Menteri Kewangan zaman itu, Mahathir Mohamad akan hadir memberikan keterangan esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*