Mahathir Lebih Suka Cukai 11% Berbanding Cukai 6% Dikenakan Terhadap rakyat

Share This:

TERDESAKNYA Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam cubaan untuk mendapatkan semula kuasa untuk kroni-kroni beliau dan mengekalkan empayar kekayaan keluarga sehingga beliau sanggup memperbodohkan rakyat dan diri beliau sendiri.

Mahathir berkata cukai jualan perlu dilaksanakan semula jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

“GST menggantikan cukai jualan, jadi jika kita memansuhkan GST kita mesti laksanakan semula cukai jualan,” katanya.

Ironinya Mahathir seolah-olah lebih suka cukai 11% berbanding cukai 6% dikenakan terhadap rakyat sekiranya GST dimansuhkan.

Sesungguhnya adalah mustahil untuk menghapuskan cukai secara total namun tindakan beliau yang memilih cukai yang lebih tinggi untuk dikenakan kepada rakyat dilihat amat tidak bertanggungjawab.

Beliau tahu bahawa perkara tersebut amat tidak munasabah namun memandangkan pembangkang telah mendoktrinkan GST 6% lebih buruk dari SST 11% maka beliau seolah-olah tidak mempunyai pilihan melainkan menyokong SST 11% yang jauh membebankan rakyat.

Beliau tahu bahawa adalah perlu untuk meminimumkan impak akibat kesan penurunan pendapatan daripada GST ke atas kewangan kerajaan.

Semua proses kerajaan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sekiranya kita tiba-tiba memansuhkan GST, dan kita tidak mempunyai sumber pendapatan, ini adalah buruk bagi kerajaan.

Oleh itu ikrar Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang merupakan antara ikrar sampah.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*