Apa Yang Mahu Disembunyikan Azmin Di Selangor?

Share This:

Perkataan rasuah adalah satu perilaku yang langsung tidak diterima oleh apa jua agama dan kaum di seluruh dunia. Rasuah adalah salah satu masalah sosial yang telah wujud sejak beribu tahun yang lalu dan sehingga hari ini, tidak ada satu negara pun di dunia berani menisytiharkan negara mereka sebagai sebuah negara yang paling bebas rasuah.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat cukup aktif membasmi sebarang bentuk atau unsur rasuah dan penggubahan wang haram. Tindakan dari agensi kerajaan ini tidak lagi mengenal siapa, samada dari pihak kerajaan sendiri mahupun dari pihak pembangkang. Pendek kata, andai ada sahaja berlakunya rasuah atau penggubahan wang haram, bersiap sedialah menghadapi serbuan dari SPRM.

Bagi membendung masalah ini dari terus membiak, SPRM telah memperkenalkan satu ikrar iaitu Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang mana, SPRM meminta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri menandatangani ikrar berkenaan. Kesemua negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional telah menandatangani ikrar berkenaan termasuklah Kelantan yang ditadbir oleh PAS.

Pulau Pinang pula, baru sahaja menandatangani ikrar berkenaan bulan lalu. Hanya tinggal Selangor sahaja yang ditadbir oleh Datuk Seri Azmin Ali dan PKR, masih enggan dan berdegil untuk menandatangani ikrar ini. Persoalannya, apa yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Selangor sehingga menjadikan negeri ini sebagai satu-satunya negeri yang masih belum menandatangani IBR ini?

Mungkin, Azmin takut beberapa skandal yang menyelebungi kerajaan dan dirinya ini diketahui dan disiasat oleh SPRM. Dari Pintu Gerbang Darul Ehsan yang kosnya menjangkau angka RM 10 juta, DEIG, Splash, Syabas, Unisel sehinggalah beberapa perkara yang hangat diperkatakan rakyat negeri Selangor, semuanya pernah menjadi igauan buat Azmin dan kerajaan negeri Selangor.

Bukan satu rahsia apabila SPRM sendiri telah menyerbu UNISEL dan beberapa pejabat yang ada hubungkait dengan kerajaan negeri Selangor. Malah, Azmin sendiri dilihat beberapa kali terperangkap dengan beberapa kesalahan rasuah yang membabitkan kerajaan yang ditadbir olehnya.

Mungkin atas sebab inilah, ada kemungkinan yang menjadi penghalang buat Azmin menandatanangi IBR. Melihat dari tindak tanduk Azmin ini, bolehlah diibaratkan bahawa kerajaan Selangor yang diketuai oleh Azmin ini, memang ada beberapa perkara yang cuba diselindungkan dari pengetahuan SPRM sehingga membawa kepada kedegilan kerajaan negeri ini menandatangani IBR.

APa yang melucukan adalah, Azmin sendiri kerap menuduh kerajaan mengamalkan rasuah sedangkan dirinya sendiri masih gagal menunjukkan bahawa Azmin dan kerajaan negeri Selangor, bebas dari sebarang unsur rasuah. Adakah Azmin bertindak meludah kelangit?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*