Wajarkah Memenjarakan Mahathir Sekiranya Terdapat Pendakwaan?

Share This:

Ditengah-tengah kehangatan bahang Sukan SEA ke 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad pula berhadapan dengan siasatan dari Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung kerugian dalam urus niaga Forex yang melibatkan wang negara.

Sudah beberapa kali prosiding berlangsung, kebanyakan keterangan lebih menjurus kepada ada penglibatan Mahathir dan Menteri Kewangan pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes ini. Memang diakui bahawa prosiding ini masih sedang berlangsung, cuma apa yang ingin ditanyakan, adakah wajar Mahathir disumbatkan ke penjara sekiranya terdapat pendakwaan hasil daripada siasatan oleh RCI ini?

Secara amnya, umum mengetahui bahawa usia Mahathir sudah mencecah angka 93 tahun. Pada usia sebegini, pada kebiasaannya, golongan ini akan menghabiskan sisa-sisa usia mereka di sejadah, meluangkan masa bersama-sama keluarga dan melakukan aktiviti yang berfaedah yang tidak dapat dilakukan semasa masih berkhidmat.

Namun, lain pula halnya dengan Mahathir. Sikapnya yang amat gemar mencampuri urusan pentadbiran negara telah memaksa ramai pihak mahukan satu siasatan dilakukan keatasnya terhadap banyak perkara yang pernah dilakukan semasa menjadi Perdana Menteri keempat. Justeru, untuk memenjarakan Mahathir sekiranya siasatan RCI menjurus kearah penglibatan secara langsung atau tidak langsung, bukanlah satu tindakan yang tepat.

Kenapa ianya bukan satu tindakan yang tepat? Seandainya, kerajaan memilih untuk mendakwa Mahathir dan didapati bersalah, sekiranya Mahathir dipenjarakan, implikasinya mungkin besar. Ada kemungkinan kebangkitan Reformasi semasa tahun 1998 akan berlaku kerana Mahathir masih mempunyai pentaksubnya yang tersendiri.

Tambahan pula, pada usia yang sebegitu lanjut, untuk memenjarakan seseorang itu adalah satu tindakan yang tidak begitu baik. Justeru, apakah tindakan terbaik seandainya pihak mahkamah mendapati Mahathir bersalah kelak?

Ada beberapa cadangan yang mungkin boleh diguna pakai selain memenjarakan Mahathir. Salah satu daripadanya adalah permohonan khas daripada Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perbendaharaan Negara untuk menyita kesemua pegangan saham majoriti yang dipunyai oleh Mahathir, Mirzan, Mokhzani, Marina dan Mukhriz terhadap 488 buah syarikat yang dikuasai mereka.

Penyitaan ini membawa kepada erti mengambil semula hak yang telah dicuri dan dilaburkan secara tidak sah dan dikembalikan kepada negara bagi disalurkan kepada pembangunan negara. Malah, ada diantaranya boleh digunakan untuk membangunkan infrastruktur negara yang dilihat amat diperlukan dikawasan pendalaman dan juga di Sabah dan Sarawak.

Kenapa perlu mengambil tindakan sitaan ini? Ini kerana, kekayaan yang diperolehi oleh anak-anak Mahathir termasuk dirinya sendiri diragui kesahihannya. Sehingga kini, baik Mahathir, Mirzan, Mokhzani, Marina dan Mukhriz langsung tidak menerangkan bagaimana mereka mengumpul kekayaan yang dianggap luar biasa dan dari mana sumber pertama kewangan mereka untuk dijadikan modal perniagaan perolehi.

Seandainya Mahathir ada menerangkan dari mana sumber modal berkenaan diperolehi dan disiasat dengan penuh teliti, mungkin arahan sitaan ini boleh dihentikan. Namun, sehingga hari ini, kesemua keluarga Mahathir memilih untuk mengunci mulut dan ianya sekaligus seolah-olah mengesahkan andaian ramai bahawa modal asal mereka ini diperolehi daripada manipulasi kewangan negara yang lesap semasa pentadbiran Mahathir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*