Rooney Buat Kejutan

Share This:

WAYNE Rooney mengejutkan pasukan lawan, Manchester City apabila meraih gol ke-200 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Pencapaian itu membuatkan Rooney mahu memberi tumpuan kepada kelab asalnya, Everton.

Aksi pada minit ke-35 terpaksa melihat skor terikat seri 1-1 apabila pemain Manchester City, Raheem Sterling menjaringkan gol saat akhir.

Rooney merupakan pemain kedua selepas Alan Shearer yang berjaya mencatatkan 200 gol dalam Liga Perdana Inggeris.

Rooney yang menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak kembalinya ke Everton dari Manchester United berkata: “Ia merupakan saat yang indah.”

Beliau turut berpendapat gol tersebut mengejutkan Manchester City sebagai lawan Everton.

“Sebelum permainan, kami merasakan satu mata boleh jadi bagus, tapi kami agak kecewa. Mungkin dapatkan satu lagi gol tetapi Manchester City mengubah posisi mereka dan menjadi sukar buat kami mendapatkan peluang besar,” kata Rooney. – Mail Online

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*