Mahathir Mungkin Habiskan Sisa Hidup Berdepan RCI

Share This:

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ada kemungkinan bakal menghabiskan sisa hidupnya berdepan dengan anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab segala kepincangan yang berlaku ketika zaman pentadbirannya selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

Buat masa ini, Mahathir berdepan dengan siasatan RCI skandal dagangan mata wang asing (Forex) yang berlaku pada sekitar 90-an sehingga Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian kira-kira AS$10 bilion kira-kira RM30 bilion mengikut kadar matawang pada masa itu.

Hari ini, hari kedua prosiding berjalan dengan RCI berkenaan diketaui oleh bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Petang semalam, prosiding itu mendengar keterangan dari bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Abdul Khalid.

Dalam prosiding semalam, fakta yang diperoleh RCI ialah ada berlaku pengolahan akaun di BNM yang menyembunyikan kerugian besar itu.

“Kerugian (BNM) pada tahun 1992, 1993 dan 1994 adalah berjumlah RM31.5 bilion, faktanya, telah berlaku pengolahan akaun BNM untuk menyembunyikannya,” katanya Mohd Sidek ketika mempengerusikan panel berkenaan di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

Sedikit demi sedikit kelemahan dan kelalaian Mahathir terbongkar apabila kerugian sebesar itu boleh disembunyikan begitu sahaja.

Kemudian, kerajaan dikatakan sudah bersedia menubuhkan satu lagi RCI untuk membincangkan kejadian insiden Kampung Memali, Baling Kedah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan diwujudkan jika ada permintaan daripada ahli keluarga 14 orang yang terkorban dalam insiden berkenaan yang berlaku pada 19 November 1985 dan beratus orang ditangkap.

Pada mulanya, parti PAS yang membuat cadangan bahawa ada satu RCI menyiasat insiden Memalu wajar diwujudkan untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku serta siapakah yang benar-benar bertanggungjawab dalam pembunuhan berkenaan dan adakah Mahathir terlibat.

Jika diwujudkan, Mahathir akan berdepan dengan anggota panel RCI ini pula.

Terdahulu daripada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao ada membuat cadangan untuk ditubuhkan satu lagi RCI untuk menyiasat kerugian syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada zaman Mahathir yang juga merekodkan kerugian yang besar.

“Ketika zaman kegawatan ekonomi dari sekitar tahun 1997 dan 1998, negara mengalami masalah dan pada masa itu kita menyaksikan sendiri beberapa syarikat besar menutup operasi dan terpaksa gulung tikar kerana masalah ekonomi.

“Siapa tak tahu berapa banyak syarikat besar yang tutup, itu belum lagi syarikat GLC yang banyak bermasalah pada masa itu,” katanya.

Cadangan itu hadir daripada satu tinjauan di Twitter yang dilakukan oleh Ramesh yang menunjukkan 93 peratus rakyat bersetuju supaya RCI menyiasat kerugian GLC ditubuhkan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*