Video Pasukan Takraw Wanita Indonesia Tarik Diri

Share This:

PASUKAN takraw wanita Indonesia bertindak menarik diri ketika mereka mendahului Malaysia dalam set kedua 16-10. Dalam set pertama Malaysia menang 22-20.

Empat kali servis tekong Indonesia dibatalkan oleh pengadil kerana tekong Indonesia melakukan kesalahan yang telah ditetapkan oleh undang-undang takraw dunia.

Jurulatih Indonesia sepatutnya tidak menyerang pengadil tersebut kerana kesilapan tekong wanita mereka ada dipaparkan melalui rakaman ulang tayang aksi yang menyebabkan pembatalan tersebut.

Walaupun pengadil perlawanan mengarahkan pasukan Indonesia kembali ke gelanggang lebih dari tiga kali ketua jurulatih Indonesia tersebut tetap berkeras mahu meninggalkan gelanggang.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*