Video Tikus Berkeliaran Atas Makanan Kantin Hospital

Share This:

KITA semua tahu bahawa bangunan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang agak usang. Oleh itu kantin HTAR perlu dikendalikan dengan lebih teliti. Kegagalan berbuat demikian memang mengundang bencana.

Kantin tersebut diarahkan tutup selama 15 hari bermula hari ini selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih.Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan berkata penutupan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Notis arahan penutupan berkenaan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang pada 2 petang selepas pemeriksaan dilakukan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di laman media sosial.

Dr Zailan berkata PKD Klang telah melakukan pemeriksaan dan tindakan diambil berdasarkan status kebersihan kantin berkenaan.

“Agak sukar untuk pastikan di mana rakaman video berkenaan diambil. Bagaimanapun, PKD akan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr Zailan berkata walaupun arahan penutupan berkenan adalah sehingga 1 Sept, kantin berkenaan boleh beroperasi semula lebih awal jika ia dibersihkan segera dan pihak PKD berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan yang dibuat.

Dalam video berdurasi selama 32 saat itu, seekor tikus dilihat berada di dalam bekas sayur dan sedang memakan sayur berkenaan yang ketika itu dihidangkan bersama makanan-makanan lain untuk dijual kepada pelanggan.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*