Sebuah Lagi Kilang Di Pulau Pinang Diadukan Kepada SPRM

Share This:

Belum selesai kes kilang penapis karbon di Sungai Lembu, Bukit Mertajam timbul satu lagi kes berkaitan sebuah lagi kilang lain yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang yang ditadbir DAP.

Hari ini, seorang mekanik membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa ada berlaku pencemaran udara dan bau busuk bahan kimia dari sebuah kilang salut besi di Kampung Tok Subuh, Bukit Minyak.

Ong Chin Hiap, 43, yang mendakwa mewakili penduduk kampung itu, membuat laporan berkenaan setelah beberapa aduannya kepada pihak berkuasa tidak diambil tindakan.

“Sejak kilang itu beroperasi pada 2014, saya dan penduduk kampung telah beberapa kali membuat aduan kerana tidak tahan dengan pencemaran udara…semua tempat seperti Majlis Perbandaraan Seberang Perai, Jabatan Alam Sekitar dan polis telah saya buat laporan tetapi sehingga hari ini, tiada tindakan diambil,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Turut hadir membuat laporan kepada SPRM ialah Parti Rakyat Malaysia (PRM) Pulau Pinang yang diwakili pengerusinya Tan Hiang Lye.

Mereka membawa beberapa dokumen untuk diserahkan kepada suruhanjaya itu bagi membantu siasatan berhubung kilang berkenaan.

Ong, yang tinggal kira-kira 35 meter dari kilang itu, mendakwa MPSP pernah memaklumkan bahawa kilang itu beroperasi secara sah tetapi yang menjadi persoalan penduduk adalah kilang itu beroperasi 24 jam dan sentiasa mengeluarkan bau bahan kimia yang busuk.

Adakah benar kilang ini beroperasi secara sah atau ia juga tertakluk di bawah dasar kerajaan DAP yang menangguhkan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang besar yang beroperasi tanpa lesen di negeri itu.

Seorang Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh sebelum ini ditahan oleh pihak SPRM kerana disyaki melindungi kilang haram di Bukit Mertajam yang sudah beroperasi selama lebih 10 tahun tanpa lesen.

Bagaimanapun, atas campur tangan peguam mereka berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Boon Poh dari tahanan reman yang sedang berjalan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Sebuah Lagi Kilang Di Pulau Pinang Diadukan Kepada SPRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*