ADUN Rengit Nafi Sertai PPBM

Share This:

MAKIN terdesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) dalam meraih sokongan di Johor. Mereka cuba melakukan propaganda lompat parti pula. Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang dituduh lompat parti namun beliau menafikan.

ADUN Rengit Ayub Jamil hari ini juga menafikan dakwaan dirinya akan melompat parti daripada Umno dan menyertai PPBM.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan laman sosial pembangkang itu berniat jahat.

“Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Ketua Bahagian PPBM Batu Pahat Mohd Zaid Mohd Yusof telah beberapa kali berjumpa dengan ADUN berkenaan (saya) untuk mengadakan perbincangan.

“Semua perkara yang dinyatakan tersebut adalah fitnah, menggunakan pendekatan politik murahan. Saya tidak pernah sekalipun berjumpa, jauh sekali berbincang dengan pihak itu (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata, keutamaannya kini adalah membantu rakyat sepertimana yang diamanahkan kepadanya oleh Umno.

Semalam, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut bahawa Ayub akan berhijrah ke PPBM dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

Sepatutnya mereka fokus kepada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan berlangsung dalam masa terdekat bukannya meraih populariti murahan lompat parti.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*