Rakyat Mesti Sama-Sama Bantu Kejayaan Team Malaysia #KL2017

Share This:

Rakyat Malaysia dari seluruh negara kali ini perlu sama-sama keluar untuk memberikan sokongan kepada atlet Team Malaysia untuk memastikan gelaran juara kesuluruhan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menjadi milik kontinjen negara.

Sejak kali pertama meraih gelaran itu pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001, sudah 16 tahun gelaran itu gagal dicapai oleh kontinjen negara apabila Sukan SEA dianjurkan oleh negara-negara ASEAN yang lain.

Kemenangan pada temasya kali ini adalah yang paling bermakna kerana ia adalah sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia memandangkan tarikh berakhir temasya ialah sehari sebelum hari kemerdekaan iaitu pada 30 Ogos depan dan ia pasti dinanti-nantikan oleh peminat sukan tanah air.

Memandangkan ia diadakan dekat dengan bulan kemerdekaan, sudah pasti ia bukan sahaja menarik minat penggemar sukan malahan orang ramai yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi juga mahu sama-sama menyertai untuk melaungkan sokongan kepada atlet negara.

Lebih signifikan, ketika menganjurkan Sukan SEA utk kali pertama pada tahun 1989, Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu ialah Datuk Seri Najib Tun Razak dan kali ini beliau adalah Perdana Menteri.

Gelaran sebagai juara adalah hadiah atlet tanahair paling bermakna buat Najib yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada bukan 23 Julai lepas ketika sambutan Ekpspresi FELDA Negaraku di Putrajaya.

Ada petanda positif apabila pihak penganjur KL2017 sudah menyatakan bahawa tiket-tiket untuk perlawanan dan acara tertentu sempena temasya kali ini sudah habis dijual.

Tumpuan sudah pasti pada acara bola sepak lelaki yang mana kita masih ketandusan kemenangan pingat emas di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang berjaya merangkul emas kali terakhir pada temasya 2009.

Stadium gelanggang pasukan bawah 22 tahun Malaysia sudah pasti bakal dipenuhi oleh peminat bola sepak tanah air bersama-sama dengan penyokong negara peserta yang lain.

Ucapan Najib ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara semalam, beliau dengan sungguh-sunguh mahu melihat atlet Malaysia berjuang memastikan kejayaan Malaysia.

“Kita mahu lihat aksi bertaraf dunia dipamerkan setiap atlet sekali gus meletakkan kita sebagai jagoan atau kontinjen terbaik di rantau ASEAN.

“Jadi, saya mewakili 30 juta rakyat memohon anda semua agar berjuanglah bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Untuk KL2017, Malaysia akan diwakili 873 atlet melibatkan 38 jenis sukan merangkumi 404 acara. Tahun ini, adalah kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu. Pada 2011, Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan meraih 111 pingat emas.

Najib turut menyemarakkan semangat para atlet dengan menyatakan bahawa mereka ada kelebihan kerana beraksi di laman sendiri dan ia perlu digunakan untuk memastikan Malaysia menjadi juara.

“Dengan kelebihan ini, kami semua amat yakin sejarah baharu mampu dicipta dan mahu anda semua lakukan sehabis baik sekali gus membawa kontinjen negara muncul sebagai juara keseluruhan, ” kata Najib.

Sukan SEA akan membuka tirai pada 19 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos nanti. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*