Izreen Azminda Tak Kisah Berkongsi Suami

Share This:

Fuh, Izreen Azminda mengakui dia tak menolak sekiranya ditakdirkan berjodohan dengan lelaki berstatus suami orang.

 
 
 
Pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak mampu menolak jika itu sudah menjadi ketentuan Allah SWT.
 
“Saya tidak mahu cakap lebih-lebih atau cakap besar hanya mahukan lelaki bujang atau duda sebagai calon suami.
 
“Apa yang penting, lelaki itu berkemampuan dan mampu menjaga serta menerima kehadiran anak saya dalam hidupnya,” katanya kepada Harian Metro.
 
Dalam tempoh lebih dua tahun bergelar ibu tunggal, Izreen akui memang ada jejaka yang mendekati dan ingin berkahwin dengannya. Tapi sayang, dia tak dapat terima kehadiran anak lelakinya, Muhammad Adrian Umar, 4.
 
“Setakat ini, saya masih belum bertemu lelaki yang sesuai dan boleh menerima saya dan anak lagi.
 
“Justeru, buat masa ini, saya selesa dengan status sekarang dan hanya fokus pada karier dan anak,” jelasnya.
 
 

Foto: IG Izreen Azminda
 
Walaupun tak kisah dapat suami orang, Izreen bagaimanapun mengelak untuk menjalin hubungan dengan rakan artis.
 
“Saya mencari calon suami yang bukan dalam bidang yang sama. Kalau boleh jika bertemu jodoh nanti, saya mahukan suami yang selalu di sisi,” katanya.
 
Ehem! Buat kenyataan rela bermadu ni, Izreen dah mula mengenali seseorang ke tu?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*