1MDB Telah Bayar USD360 Pada IPIC

Share This:

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan telah membayar sebanyak USD$360 juta pada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) hanya 3 hari selepas syarikat kerajaan Abu Dhabi itu memberi masa sehingga 31 Ogos ini untuk membayar hutang sebanyak AS$603 juta. Baki akan dijelaskan menjelang 31 Ogos ini.

1MDB menambah semua dana yang dibayar kepada IPIC adalah hasil program rasionalisasi berterusan. Melalui perjanjian yang dimeterai dengan IPIC pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran dengan pembayaran pertama kira-kira AS$600 juta dibuat pada 31 Julai.

Namun 1MDB menangguhkan pembayarannya. Pada 8 Ogos, IPIC melanjutkan tarikh akhir bayaran hingga 31 Ogos, dengan syarat ia membayar AS$360 juta sebelum esok. Insyaallah 1MDB berada dilandasan yang betul dan dapat menyelesaikan semua masalah satu persatu dengan penuh istiqamah.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*