FGV Cuba Difitnah Seperti 1MDB

Share This:

FITNAH yang ditabur pembangkang yang diketuai DAP kononnya RM42 bilion wang 1MDB hilang kini seolah-olah cuba dialihkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pula.

Pembangkang mula menabur cerita sensasi kononnya FGV mengalami kerugian hampir RM2 bilion dalam pelaburannya sekaligus memberikan kesan negatif kepada FGV dan institusi Felda.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan bahawa FGV hilang RM2 billion. Menurutnya, sebelum Jun 2012, FGV adalah syarikat penuh Felda dan koperasi Felda.

“Kita buat keputusan untuk jual saham kita sebanyak 66.33 peratus. Bukan kita beli tapi dijual dan itu dimaksudkan sebagai penyenaraian.

“Jumlah 66.33 peratus itu memberi pendapatan kepada Felda sebanyak RM6 bilion. Keputusan itu memberi keuntungan kepada Felda dan RM4 bilion dibelanjakan untuk memberi faedah kepada peneroka,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) yang bertanyakan dakwaan bahawa FGV mengalami kerugian hampir RM2 bilion dalam pelaburannya sekaligus memberikan kesan negatif kepada FGV dan institusi Felda.

Jelas Razali, bila saham FGV naik, Felda tidak boleh mengambil keuntungan itu kerana pegangan 33 peratus tidak akan dilepaskan berikutan waktu penyeneraian kementerian telah membuat pajakan 350,000 hektar tanah kpd FGV selain memberi 72 buah kilang memproses dan lain-lain.

Tambahnya, waktu ada 33 peratus, kita bukan membeli saham, tetapi menjual 66 peratus untuk mendapatkan RM6 bilion.

“Jadi, 33 peratus tidak melibatkn sebarang pembiayaan.

“Daripada tempoh Jun 2012 hingga 2017, kita telah memperoleh dividen sebanyak RM581 juta. Kalau syarikat itu rugi mana mungkin mampu memberi dividen sebanyak itu. Dividen itu mampu diberi FGV jumlah keseluruhan 45 sen dan 33 peratus pegangan Felda beri pulangan 581 sen tidak termasuk 15 peratus untung daripada hasil ladang, tidak termasuk komitmen FGV yang membayar kepada Felda dan semua ini hasil perusahaan dalam meningkatkan perusahaan,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan FGV tidak hilang RM2 bilion, tetapi hanya mencatat kerugian berikutan harga saham FGV yang jatuh.

Pembangkang menyedari isu 1MDB tidak akan dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional maka mereka kini cuba bermain dengan sentimen wang Felda pula.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*