Apa Helah PPBM Anjurkan Nothing To Hide 2?

Share This:

Beberapa minggu lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memukul canang kononnya akan mengadakan majlis “Nothing to Hide 2” yang akan menemukan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di satu pentas yang sama.

Hal ini telah menimbulkan sedikit ketegangan apabila Armada PPBM dilihat sengaja mencetuskan provokasi melampau di hadapan Putra World Trade Center (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat UMNO hanya semata-mata mahu menghantar surat jemputan kepada Datuk Seri Mohd Najib bagi menghadiri majlis berkenaan. Timbul persoalan, apa perlunya penganjuran majlis seumpama ini?

Dalam satu kenyataan, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, majlis berkenaan diadakan secara santai dan ilmiah di mana tiada sebarang provokasi melampau akan berlaku. Persoalannya, bolehkah pihak penganjur mengawal keadaan kerana berdasarkan penganjuran majlis yang serupa beberapa tahun yang lalu, ianya telah menimbulkan ketegangan yang tidak dijangka.

Ramai yang ingin tahu, apa helah sebenar PPBM menganjurkan majlis ini kerana sehingga kini, tiada sebarang pengesahan kehadiran Perdana Menteri kedalam majlis berkenaan. Malah, lebih memburukkan keadaan, surat jemputan rasmi pun gagal di berikan secara terus kepada Perdana Menteri samada menerus email mahupun penghantaran surat rasmi ke pejabat beliau.

Menerusi beberapa penyelidikan mendapati, penganjuran majlis berkenaan sememangnya dicipta untuk menjatuhkan dan memalukan Datuk Seri Mohd Najib. Manakan tidak, sekiranya Datuk Seri Mohd Najib hadir ke majlis berkenaan, mereka telah mempersiapkan pelbagai soalan provokasi di mana kesemua media pro pembangkang akan memberikan liputan dan mengeluarkan berita yang penuh manipulasi.

Sekiranya Datuk Seri Mohd Najib tidak hadir ke majlis berkenaan, setiap lapisan PPBM dan Pakatan Harapan akan memainkan irama kononnya Datuk Seri Mohd Najib adalah seorang yang penakut dan tidak berani menghadirkan diri ke dalam majlis seumpama ini. Ingin ditanyakan, adakah perkara ini pernah dilakukan Mahathir semasa dia menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu?

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, hak kebebasan bersuara samada dikalangan pembangkang mahupun mereka yang menduduki kabinetnya sendiri, disekat sewenang-wenangnya. Jika ada yang berdegil dan tunjuk keras kepala, maka kem tahanan ISA di Kemunting, Taiping, Perak akan menjadi kediaman mereka untuk dua tahun yang akan datang seperti mana nasib yang menimpa sekutu rapat Mahathir sekarang, Lim Kit Siang.

Justeru, disaat kerajaan membuka seluas-luasnya hak kebebasan bersuara, mereka mempergunakan hak ini untuk memalukan Datuk Seri Mohd Najib. Seperti yang ditegaskan di atas, mereka masih gagal mengemukakan jemputan rasmi secara terus kepada Datuk Seri Mohd Najib. Jika ada pun, mereka hadir dalam keadaan niat yang jahat dan cuba mencetuskan keadaan huru hara di Ibu Pejabat UMNO di PWTC.

Mereka memang cukup berhajat untuk memalukan Datuk Seri Mohd Najib dengan provokasi melampau walaupun Syed Saddiq kononnya mendakwa, ianya adalah majlis ilmiah dan santai. Tidak perlu sebenarnya penganjuran majlis seumpama ini kerana setiap persoalan yang mereka ingin ajukan, semuanya telah dijawab secara terus oleh kerajaan dalam pelbagai medium. Terpulang kepada mereka samada mahu membacanya ataupun tidak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*