Video Babi Berkeliaran Di Taman permainan Bandar Seri Alam, Johor.

Share This:

SEKUMPULAN babi dilihat berkeliaran di kawasan Taman permainan Jalan Bayu Bandar Seri Alam, Johor.  Perkara tersebut mengundang kegusaran di kalangan penduduk setempat memandangkan babi merupakan najis berat atau najis mughallazah yang tidak boleh disentuh dengan sewenang-wenangnya.

Taman permainan merupakan tempat anak-anak kecil melakukan aktiviti yang mereka gemari. Mereka yang masih kecil sudah tentu mempunyai sistem imunisasi tidak sekuat orang dewasa. Apabila sekumpulan babi berkeliaran membawa virus dan bakteria atau lebih tepat najis maka ia akan memudaratkan kanak-kanak di kawasan tersebut.

Oleh itu, pihak berkuasa diharap dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan dengan segera. Taman permainan dibina untuk kanak-kanak bukannya untuk babi berkeliaran.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*