#KL2017 : Kuala Lumpur Serlahkan Kemampuan Malaysia Di Rantau Asia Tenggara

Share This:

Setelah kegagalan Phnom Penh menganjurkan Sukan SEAP kali ketiga yang sepatutnya dianjurkan pada 1963 akibat perperangan berpanjangnag di wilayah Indo China, akhirnya tiba giliran Kuala Lumpur menganjurkan Sukan SEAP ke 3 yang disertai oleh 7 buah negara dengan membariskan kira-kira 1,300 orang atlet dan pegawai bermula dari 14 hingga 21 September 1965.

Dalam penganjuran kali ini, Kuala Lumpur menyediakan 102 buah acara yang membabitkan 14 jenis sukan bagi merebut 102 pingat emas. Pada temasya yang julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur ini, Malaysia membariskan 212 orang atlet dan pegawai yang mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan.

Hasilnya, Malaysia berjaya meraih tempat kedua dengan memperolehi 33 emas, 36 perak dan 28 gangsa. Pencapaian ini boleh dianggap antara yang terhebat yang berjaya dicipta oleh barisan atlet negara di Rantau Asia Tenggara dan ini dilihat sebagai salah satu pemangkin kepada keupayaan anak Malaysia bersaing di peringkat Asia Tenggara.

Dua tahun berlalu maka tibalah masa buat Bangkok, Thailand menganjurkan Sukan SEAP buat kali kedua setelah penganjuran penuh berjaya pada tahun 1959. Penganjuran kali ini mencatatkkan penurunan penyertaan di kalangan atlet dan pegawai berbanding Kuala Lumpur yang menyaksikan 1,200 atlet dan pegawai sahaja yang bertanding pada temasya kali ini.

Sukan SEAP ini dianjurkan pada 9 hingga 16 Disember 1967 ini mempertandingkan 145 acara yang membabitkan 16 jenis sukan bagi merebut 145 pingat emas yang dipertandingkan. Malaysia yang pad aketika itu menghantar kontijen seramai 247 orang atlet dan pegawai menamatkan saingan sukan SEAP kali ini ditangga ke 3 dengan mengumpul 23 emas, 29 perak dan 43 gangsa, satu pencapaian terbaik dilakar negara di luar Kuala Lumpur.

Seperti sebelumnya, Rangoon sekali lagi dipilih untuk menganjurkan Sukan SEAP kali ke 6 bermula dari 6 hingga 13 Disember 1969. Pada temasya kali ini, Rangoon memilih untuk mengekalkan jumlah acara dan disiplin yang dipertandingkan pada temasya sukan SEAP di Bangkok. Namun begitu, buat Malaysia, negara memilih untuk mengurangkan penyertaan atlet dan pegawai dari 247 orang kepada 189 orang sahaja.

Malah, jumlah acara yang disertai juga berkurangan daripada 16 di Bangkok kepada hanya 15 sahaja di Rangoon. Pengurangan atlet ini dilihat antara penyebab kepada pencapaian merudum kontijen negara pada temasya Sukan SEAP ini apabila hanya mampu meraih 16 pingat emas, 24 perak dan 39 gangsa.

Bersambung

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*