Ahli Parlimen Low Class Berarak Ke BNM Ulang Semula Isu Basi

Share This:

Agak menjengkelkan juga apabila melihat pakatan pembangkang hari ini masih mengikut acuan pemimpin kuno mereka yang kini dipenjarakan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Biar berapa lama pun pembangkang sudah hidup dalam negara ini, mereka tetap patuh dan taat kepada strategi politik Anwar biarpun ia sudah terbukti menemui kegagalan demi kegagalan dalam mencapai matlamat mereka.

Apabila sudah kehabisan akal untuk menuduh kerajaan pemerintah, mereka akan anjurkan perarakan dan perhimpunan haram buat kecoh di depan awam untuk tatapan media asing untuk terus memburukkan negara.

Hari ini, kira-kira 30 orang Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berarak dari pintu masuk Parlimen berjalan kaki ke bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggesa Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim memulakan siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia diketuai oleh Ketua Pembangkang boneka iaitu Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen DAP Bagan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad.

Mereka berarak membuat kecoh sambil memegang kain rentang dengan gambar keratan berlian dan sepanduk mereka tertera tulisan “Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi” dengan berjalan kaki selama 30 minit melalui jalan sejauh 2.6km.

Di BNM, seramai 10 orang dibenarkan masuk ke dalam untuk menyampaikan memorandum kepada pihak BNM.

Mereka ini sebenarnya hanya mengambil tindakan ini sebagai pameran kepada media kerana mereka tahu dari segi fakta sudah terbukti bahawa tuduhan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak berasas.

Media seperti Malaysiakini dan portal-portal pembangkang yang tidak memerlukan sebarang lesen di internet akan dengan mudah memanipulasi isu ini supaya ia diberikan publisiti yang cukup meluas untuk menghasut rakyat.

Apabila mereka kononnya ramai, rakyat mungkin terpengaruh bahawa mungkin dakwaan berkenaan benar kerana mereka berarak beramai-ramai.

Sudahlah begitu, mereka enggan terima penjelasan dari kerajaan dan enggan ulas pun penjelasan yang disertakan bukti oleh kerajaan termasuk Najib sendiri.

Kemudian, mereka tutup penjelasan itu dan mula menghasut dengan tuduhan dan benda baru serta mencipta kepalsuan lagi supaya dipercayai oleh rakyat. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*