Zahid Cabul Hak Peribadi Mahathir? Bagaimana Pula Pencabulan Terhadap Najib?

Share This:

Sebenarnya, memang agak melucukan apabila mengikuti sebuah drama sentap berkisar kepada istilah Kutty yang disebut sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO baru-baru ini. Secara tiba-tiba, begitu ramai yang bangkit menghentam pendedahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid ini terutamya dikalangan pentaksub Tun Dr Mahathir.

Untuk mengesahkan perkara itu adalah benar ataupun tidak, mungkin sukar untuk kita duga kebenarannya. Namun, jika Menteri Dalam Negeri yang menguasai beberapa agensi keselamatan dan hal ehwal warganegara sendiri mendedahkan hal ini, mungkin ada asas untuk mengatakan memang Mahathir datangnya dari keturunan Kutty atau dalam bahasa Malayalamnya adalah anak yang comel.

Cuma, apa yang ingin disentuh adalah bagaimana mereka yang begitu taksub kepada Mahathir ini begitu berang sehingga ada yang sudah mula turun di jalan-jalan raya menghentam kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid ini. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid telah mencabul hak peribadi Mahathir dan ada yang mendakwa, beliau telah memperlekehkan Mahathir.

Ingin ditanyakan kepada mereka ini, sepanjang penentangan Mahathir terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib, adakah Mahathir tidak pernah mencabuli hak peribadi Datuk Seri Mohd Najib? Adakah Mahathir tidak pernah mengusik akan keturunan Datuk Seri Mohd Najib? Adakah tidak pernah Mahathir menghina keluarga Datuk Seri Mohd Najib?

Mari kita lihat bagaimana Mahathir mencabuli hak peribadi Datuk Seri Mohd Najib. Segala tuduhan liar kononnya Datuk Seri Mohd Najib mencuri wang negara sehinggakan nama semua anak-anak beliau dijaja sehingga ke Amerika itu bukankah boleh ditakrifkan sebagai mencabuli hak peribadi Datuk Seri Mohd Najib?

Tuduhan mencuri duit rakyat contohnya, sehingga hari ini, baik Mahathi, pemimpin Pakatan Harapan mahupun para “macai”nya masih gagal memberi tarikh dan masa sebenar transaksi kecurian berkenaan berlaku. Malah, Raja Penipu Malaysia, Rafizi Ramli juga, sewaktu diasak dengan persoalan ini sendiri cuba mengelak untuk menjawabnya. Jika benar beliau mencuri, berikanlah tarikh dan masa kecurian berkenaan berlaku.

Dalam beberapa siri ceramah terutamanya selepas insiden kekecohan “Nothing to Hide” dua tahun lalu berlaku, Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak faham bagaimana Datuk Seri Mohd Najib boleh mengakui dirinya adalah keturunan Bugis. Dalam kenyataannya dia mendakwa, sepanjang hidupnya mengenali keturunan Bugis, tidak pernah ada keturunan berkenaan setakut Datuk Seri Mohd Najib.

Bersandarkan kepada kenyataan ini, bukankah Mahathir telah mempermainkan keturunan Datuk Seri Mohd Najib untuk meraih sokongan politik? Adakah ini dihalalkan oleh para pentaksubnya? Bagaimana pula Mahathir mengajuk cara orang gempal berjalan sewaktu dia menggambarkan orang gempal berkenaan sebagai Datin Seri Rosmah? Adakah ini juga hanyalah lawak jenaka dan tidak mencabuli hak peribadi Datuk Seri Mohd Najib?

Jika mahu mendakwa, Datuk Seri Ahmad Zahid mencabuli hak peribadi Mahathir, mereka patut sedar bahawa sejak 2014, Mahathir telah lama mencabuli hak peribadi Datuk Seri Mohd Najib sehingga tanpa Mahathir sedar, dia telah mendedahkan bahaya kedudukan keluarga Perdana Menteri berkenaan kepada umum, sesuatu yang dia sendiri cukup lindungi sepanjang dia menjadi Perdana Menteri dahulu.

Inilah drama Kutty yang kini cukup hangat diperkatakan. Bukankah lebih senang sekiranya Mahathir mengaku sahaja dia adalah keturunan Kutty sepertimana yang dilakukan oleh beberapa orang Menteri yang memang berasal dari keturunan mamak. Apa yang Mahathir mahu malukan? Bukankah ia jauh lebih “gentleman” berbanding berlagak seperti seorang bumiputera sedangkan dia sememangnya tidak layak langsung bercakap tentang bumiputera?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*