Video Perogol Kanak-kanak 3 tahun, Dihukum Bunuh Secara “Live” Di TV

Share This:

HUKUMAN bunuh lelaki berusia 41 tahun yang merogol dan membunuh budak perempuan tiga tahun disiarkan secara langsung melalui televisyen dengan lelaki itu ditembak di kepala disaksikan ribuan penduduk di Sana, Yaman, semalam.

Hukuman bunuh di Yaman biasanya dilaksanakan dengan pesalah dipancung namun ini kali pertama ia disiarkan melalui televisyen oleh pemberontak Houthi yang menguasai ibu negara Yaman itu.

Lelaki berkenaan dibaringkan meniarap di Dataran Tahrir dengan tangan digari ke belakang, disaksikan kira-kira 10,000 orang dan seorang tentera menembak kepalanya dari jarak dekat.

Menurut Agensi Berita Saba (agensi berita Yaman), lelaki berkenaan, mahkamah Houthi mendapati Mohammed Saad Mujahid al-Maghrabi, 41, bersalah bagi tuduhan merogol dan membunuh Rana al-Matan, tiga tahun.

Keluarga mangsa dan agensi berita dijemput menyaksikan hukuman itu yang dianggap pemerhati sebagai usaha Houthi menunjukkan usahanya membasmi jenayah kepada rakyat di negara yang dibelenggu perang saudara sejak dua tahun lalu.

Jurugambar akhbar, Abdulkareem Ziraei, 32, menganggarkan 10,000 orang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu.

Reuters melaporkan, bapa mangsa menyatakan rasa lega kerana undang-undang dilaksanakan.

Kanak-kanak perempuan itu dibunuh 25 Jun lalu, iaitu pada hari pertama Aidilfitri.

Sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh dalam perang saudara antara Houthi yang disokong Iran dan tentera gabungan Arab diketuai Arab Saudi.

– Agensi

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*