Video Pelajar Perempuan SMK Kunak Dibelasah

Share This:

Mekanisme yang lebih berkesan perlu digunakan bagi menangani masalah buli yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah. Kini pelajar perempuan juga cuba tinjuk “samseng”.

Perkara ini dilihat semakin membimbangkan. Pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah seolah-olah gagal membendung gejala ini.

Video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga terjatuh sebelum dipijak dan ditumbuk.

Ketika itu, mangsa merayu supaya diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya,” katanya.

Pembentukan sahsiah yang lebih baik perlu dijalankan dengan lebih agresif bagi menangani perkara yang tidak sihat ini.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*