Syamsul Yusuf Diangkat Pengarah Terbaik FFAP Ke-57

Share This:

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusuf sekali lagi mencipta nama dengan merangkul gelaran Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 menerusi filem Munafik di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.




“Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman.

Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita

sekecil-kecil hamba-Nya,” tulisnya di akaun Instagramnya.



Mengulang sejarah dicipta Allahyarham Yasmin Ahmad pada 7 tahun lalu, kemenangan itu menjadikan Syamsul, 34, sutradara kedua dari Malaysia menjulang gelaran Pengarah Terbaik.


Memetik BH Online, Yasmin dijulang sebagai Pengarah Terbaik pada FFAP edisi ke-54 di Taipei pada Disember 2010 menerusi filem Mualaf yang juga merupakan filem terakhirnya.



Tahun lalu, Munafik diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia (FFM), manakala Syamsul meraih trofi Pengarah Terbaik.


Selain itu, Syamsul juga pernah mencipta sejarah sebagai sutradara termuda memenangi trofi Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 pada usia 26 tahun.



Foto: IG Syamsul Yusuf



Terdahulu, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik pada FFAP keempat (1957) selain Maya Karin pada FFAP ke-49 (2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina pada FFAP ke-50 (2005).


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul Yusuf. Semoga Syamsul terus mewarnai persada seni tanah air kita.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*