Remaja Dirogol Beramai-ramai Kenalan WeChat

Share This:

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dibawa oleh lima lelaki yaang dipercayai baru dikenali melalui aplikasi WeChat tiga minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, “Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.

“Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan usang dengan berjalan dan ketika dalam perjalanan mangsa cuba melarikan diri, namun suspek menghalangnya dan berjanji untuk menghantar mangsa pulang ke rumah.”

Tambah Chandra lagi, mereka pada mulanya hanya berbual-bual kosong sebelum mangsa dipaksa baring di lantai.

“Mereka kemudian berbual-bual dalam masa 2 hingga 3 minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa bergilir-gilir.

“Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, semua lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh masa tidak sampai 24 jam selepas laporan diterima 26 Julai lalu.

“Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos depan,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*