Peragut Mati Dilanggar Oleh Mangsa

Share This:

Malang nasib seorang peragut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar oleh kereta mangsa yang diragut.


Dalam kejadian yang berlaku berhampiran persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri Garden@One South, Seri Kembangan itu, peragut tersebut maut serta merta.


Menurut laporan Harian Metro, beg seorang penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alia berkata, mangsa ragut mengejar peragut terbabit dengan kereta dan melanggar motosikalnya itu kira-kira 3KM dari tempat diragut.


“Suspek yang berusia 25 tahun mati akibat parah di kepala. Beg kepunyaan mangsa dijumpai pada si mati.

“Hasil semakan rekod polis mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau, ” katanya.


Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan mangsa ragut kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah  Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*