Luka Jadi Kecil Bila Nafsu Kuasa Lebih Besar

Share This:

BILA manusia gila kuasa maka mereka akan sanggup mencagarkan segala-galanya termasuk harga diri, maruah, keluarga dan lain-lain lagi. Episod reformasi jalanan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi segar dalam ingatan kita.

Ramai rakyat Malaysia yang tertipu dengan lakonan penjenayah liwat ini kononnya beliau dizalimi dan diaibkan. Atas rasa belas kasihan terhadap Anwar maka rakyat yang tidak berdosa dipergunakan oleh suami Wan Azizah ini demi memuaskan nafsu rakus beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Seorang Netizen Muhamad Harris Nasril mendedahkan bagaimana beliau menjadi salah seorang mangsa penipuan Anwar Ibrahim.

Dulu masa 1998-1999, saya kerap turun demo reformasi. Bermula di rumah anwar, bukit damansara,dataran merdeka, sogo, dan pengakhirannya di mahkamah.
Setiap kali saya turun, ibu saya pesan : “Tak perlu bazir masa dan tenaga. Orang politik ni semua sama. Mereka nak kuasa sahaja”
Saya membalas kepada ibu “Dia bukan nak kuasa mak, dia dizalimi, diaibkan. Kita perlu pertahankan”.
Semalam Anwar mengeluarkan kenyataan dari Sungai Buloh menyatakan beliau menyokong Mahathir dan melupakan “luka kecil” yang beliau alami dilakukan mahathir kepadanya. Luka dituduh meliwat pemandu sendiri. Luka dituduh meliwat adik angkat sendiri. Luka dituduh melakukan hubungan seks luar nikah.
Maka benarlah kata ibu saya dulu.

Pengalaman yang dilalui oleh Muhamad Harris Nasril perlu dijadikan iktibar dan panduan kepada rakyat Malaysia yang terjebak dengan permainan perasaan yang dibawa oleh lulusan sastera bernama Anwar Ibrahim. Beliau bijak bermain kata-kata sehingga mampu menipu rakyat agar melakukan “perjuangan” sia-sia tersebut.

Sesungguhnya pemimpin yang ikhlas akan mendahulukan rakyat melalui perancangan, tindakan serta pelaksanaan yang penuh istiqamah tanpa mempedulikan provokasi pembangkang yang hanya tahu mengkritik, mengecam tanpa menyumbang apa-apa kepada rakyat.

 

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*