Isu Kutty : Hanya Orang Mahathir Yang Jawab, Mahathir Masih Membisu

Share This:

Selepas beberapa ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama sebenar Tun Mahathir Mohamad dan kad pengenalan birunya, setakat ini hanya orang-orang Mahathir sahaja yang menjawab pendedahan itu dan bukan diri beliau sendiri.

Mereka yang tolong jawab bagi pihak Mahathir ketika ini adalah hanya pemimpin picisan sahaja melalui beberapa rakaman video mencerca Ahmad Zahid dan mengutuk tindakan berkenaan.

Ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, semalam Ahmad Zahid menunjukkan gambar kad pengenalan biru milik Tun Mahathir Mohamad yang menunjukkan nama sebenar Mahathir iaitu Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Dek pendedahan itu pun Ahmad Zahid diperlekehkan oleh orang-orang bawahan Mahathir dan ada di antarannya pun bukan dari parti PPBM pun sebaliknya entah siapa-siapa.

Tuan empunya nama, Mahathir sendiri masih belum lagi menjawab pendedahan berkenaan.

Beberapa orang lagi baru memberikan reaksi ialah wakil rakyat dari DAP yang bersungguh-sungguh mempertahankan Mahathir padahal Pengerusi PPBM itu yang pernah mengkritik mereka dan pernah melabelkan mereka sebagai rasis dan komunis.

Mereka sampai memfailkan usul tergempar di Parlimen kononnya Ahmad Zahid telah mendedahkan kad pengenalan secara salah kerana ia adalah data peribadi Mahathir.

Banyak pihak tertunggu-tunggu jawapan oleh Mahathir mengapa namanya dikenali sebagai Mahathir Mohamad sedangkan nama dalam kad pengenalan sebegitu rupa.

Apabila Mahathir sudah jadi kawan dengan pembangkang, ramai pula sungguh hendak pertahankan beliau yang juga bekas pemimpi UMNO yang akhirnya mengkhianati parti.

Hari ini tular di internet tentang pendedahan Ahmad Zahid itu yang dibuat. Menurut beliau, Mahathir selama 22 tahun memperalatkan orang Melayu untuk kepentingan dirinya untuk kekal jadi Perdana Menteri. Selepas sudah puas jadi Perdana Menteri, Mahathir rosakkan pula sistem pentadbiran negara dengan masuk campur perjalanan pemerintahan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*