Gaji Dapat RM10,000 Tapi Bayar RM50 Sahaja

Share This:

Kementerian Kewangan kesal dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengambil mudah pembayaran pinjaman mereka.

Timbalan menterinya berkata sesetengah peminjam sudah berpendapatan menjangkau RM10,000 sebulan namun masih mengekalkan ansuran bulanan RM50.

“Agak menyedihkan masih ada yang sudah bekerja dengan gaji RM5,000 hingga RM10,000 sebulan tetapi enggan membuat bayaran walau sedikitpun.

“Kes seperti ini sudah berkurangan sejak PTPTN menjalankan tindakan penguatkuasaan, namun ia masih berlaku.

“Apabila gaji meningkat, mereka sendiri perlu meningkatkan bayaran,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti dilaporkan Berita Harian.

Akhbar sama melaporkan PTPTN sudah mengutip RM10.9 bilion bayaran balik daripada 1.3 juta peminjam.

Namun ia masih rendah berbanding sasaran RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam.

Johari berkata peminjam yang mempunyai masalah pembayaran balik perlu berbincang dengan PTPTN.

“Saya nasihatkan peminjam yang belum bekerja datang berbincang kerana PTPTN menganggap selepas beberapa bulan tamat belajar, peminjam sudah bekerja.

“Jika sudah bekerja tetapi tidak mampu bayar mengikut jumlah yang ditetapkan, juga kena berunding berdasarkan kemampuan mereka.

“Contohnya, jika RM100 tidak mampu, bayarlah RM50, PTPTN fleksibel dalam cara pembayaran balik,” beliau dilaporkan berkata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*