Dulu Kakak Bergaduh, Sekarang Adik Pula

Share This:

Fuh, hebat betul kontroversi membabitkan Aliff Aziz dan adik kepada Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir.

 
Belum pun reda lagi kehangatan kontroversi itu, datang pula seorang pengguna Twitter ‘memanaskan’ lagi keadaan dengan status provokasi yang seperti ‘melaga-lagakan’ Afifah dengan Ameera Khan, adik kepada Neelofa.
 
 
 
“Lagi suka tengok Afifah Nasir berbanding Ameera Khan yang ‘sebiji’ kakaknya, Neelofa,” tulis Haiccal Hazim.
 
Tweet berkenaan mendapat perhatian daripada Ameera sendiri yang gigih membuat kenyataan balas.
 
 
 
Menyedari perbalahan membabitkan namanya itu mendorong Afifah untuk tampil bersuara, malah dia berpendapat Ameera seharusnya mengutamakan kerja sekolahnya memandangkan dia masih berusia 15 tahun.
 
 
 
Budak-budak sekolah sekarang advanced betul! Tengok sahajalah komen balas Ameera yang sungguh menyentap kalbu. Pedas habis!
 
 
 
Bagaimanapun, ada suara-suara menyatakan bahawa akaun Twitter Afifah itu merupakan akaun palsu.
 
Pun begitu, Ameera kelihatan tidak ambil peduli perkara itu dan berharap apa yang cuba disampaikannya sampai ke pengetahuan Afifah Nasir.

Foto: Twitter
 
Amboi, apa saja yang mereka akan perolehi daripada perbalahan ini agaknya ya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*