Cuba Nak Lari, Pelacur Gigit Tangan Anggota Polis

Share This:

Disebabkan ingin melepaskan diri daripada tahanan polis, sekumpulan wanita yang sedang menjalankan kegiatan pelacuran bertindak menggigit tangan anggota polis apabila menyerdari kehadiran pihak berkuasa.

Bagaimanapun tindakan ganas kumpulan wanita itu terbabit menemui kegagalan dan berjaya ditahan di hotel berkenaan yang dipercayai menjadi markas kegiatan pelacuran dalam operasi pencegahan maksiat yang dijalankan pada jam 5.30 petang kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, seramai 22 orang wanita itu terdiri daripada warga Mongolia, Russia, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Vietnam yang berusia di antara 19 hingga 32 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, turut ditahan enam pelanggan yang berada di premis berkenaan bersama tga individu yang dipercayai penjaga premis.

” Siasatan dibuat mengikut seksyen 372b Kanun Keseksaan 56 (1), Sekseyn 6 (1) (C) dan seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.”

Tambah Mohd Sukri Kaman, selain itu turut dikesan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di tingkat bawah premis berkenaan dalam serbuan kali ini.

“Semua tahanan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan aktiviti perjudian akan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. “-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*