Buku Mewarna Ini Berharga AS$30,850, Yang Paling Mahal Di Dunia

Share This:

Ini adalah buku mewarna yang paling mahal di dunia diberi nama The Bespoke kerana ia dijual dengan harga AS$30,850 (RM132,000)

Ia hanya mengandungi 10 ilustrasi yang direka oleh ilustrator terkenal, Ian Beck mengikut pilihan anda sendiri.

Buku mewarna untuk golongan dewasa kini semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia menjadi perhatian kerana membantu untuk menenangkan dan mengatasi tekanan, selain mengembalikan zaman kanak-kanak.

Anda mungkin boleh mencari buku seumpama ini di mana-mana kedai buku termasuk tempahan secara dalam talian.

Bagaimanapun, syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan barangan mewah, Very First To membuat kajian dan mendapati tiada buku mewarna mewah untuk golongan kaya.

Sehubungan itu, mereka menciptanya dengan sesuatu yang istimewa apabila ilustrasinya mengikut kehendak pelanggan.

Ian Beck akan bertemu dengan pelanggan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara penting seperti kehidupan, keluarga, tempat menarik dan saat penting yang dilalui mereka sebelum ia diterjemahkan dalam 10 bentuk ilustrasi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*