Ahmad Zahid Dituduh Hina Mahathir, Padahal Kutty Bermaksud Anak

Share This:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menghina Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad apabila mendedahkan nama sebenar beliau yang juga bekas Perdana Menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Beliau bercakap demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup Mesyuarat Bahagian UMNO Kelana Jaya, semalam.

Dalam bahasa Tamil Malayalam, Kutty membawa maksud anak atau anak kepada dan tidak ada langsung maksud perkataan itu melibatkan kata-kata menghina atau kesat.

Ahmad Zahid mendedahkan kad pengenalan biru Mahathir yang tertera Mahathir anak lelaki kepada Iskandar Kutty. Beliau berkata gambar itu telah dihantar kepadanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau menyatakan bahawa Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dulu adalah sebenarnya berketurunan India dan telah mempergunakan orang Melayu ketika memegang jawatan itu.

Ini kata Ahmad Zahid, “Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,”

Lebih kurang ibaratnya seperti Mahathir menyamar dan berlagak seperti amat mengutamakan bangsa Melayu untuk membina pengaruhnya dalam UMNO sehingga berjaya jadi Perdana Menteri.

Selepas perlu bersara kerana sudah terlalu lama, Mahathir cuba guna strategi lain untuk terus kekal berkuasa dalam diam tetapi gagal dan sekarang sanggup bersekongkol dengan pembangkang menyisihkan parti yang dulu begitu berjasa kepada beliau.

Kalau begini perangai Mahathir, lebih elok beliau tidak diterima balik masuk ke dalam UMNO selepas pernah dipecat kerana mengkritik kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman satu masa dahulu.

Ada persoalan yang timbul ekoran pendedahan mengejutkan Ahmad Zahid itu iaitu, bagaimana nama beliau kini dikenali sebagai Mahathir bin Mohamad?

Puak pembangkang sudah pasti akan mempertahankan Mahathir dengan menyatakan bahawa Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO kini menjalankan tugas Timbalan Presiden menghina Mahathir dengan memanggilnya Kutty.

Padahal ia adalah bahasa biasa golongan Malayalam yang membawa maksud seorang anak. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*