UMNO Tak Minat Amalkan Gaya Politik Takutkan Rakyat

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa UMNO tidak mengamalkan politik untuk menakut-nakutkan mereka kerana ia akan merosakkan harapan murni sehingga ia kelak akan merugikan.

Kata-kata itu dibuktikan melalui jasa selama 60 tahun UMNO memerintah sehingga telah banyak berbudi dan berjasa serta membawa perubahan kepada Malaysia.

“Yakinlah UMNO tidak main ‘politic of fear’ tapi kita memberikan pengharapan kepada rakyat.

“Kalau rakyat rasa tak ada harapan masa depan, apa akan berlaku? Negara akan berkemacuk, bercelaru, tak tentu hala, tiada panduan tapi UMNO akan terus berikan pengharapan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, semalam.

Menurut Najib yang juga Presiden UMNO, rakyat ada pilihan untuk memilih pembangkang yang diterajui DAP atau terus bersama dengan Barisan Nasional (BN) yang diperkasakan oleh UMNO.

Beliau berharap rakyat merenung masa depan dan jangan memberikan kepercayaan serta keyakinan mereka kepada pakatan pembangkang.

“Dalam realiti politik Malaysia hari ini ada dua saja , sama ada parti ‘coalition’ atau pakatan yang dipimpin diterajui oleh UMNO atau alternatifnya siapa?

“‘Coalition’ yang dipimpin oleh DAP, tak kan parti bunga (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dengan satu kerusi (Parlimen) boleh tentukan, masuk akal tak? Tak masuk akal! Takkan orang pencen boleh tentukan…Ini juga tak masuk akal,” katanya.

Najib imbas kembali Perak yang pernah ditabir 11 bulan oleh pakatan pembangkang selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008 dimana orang PAS jadi Menteri Besar sekalipun DAP ada kerusi terbanyak.

Katanya dalam tempoh berkenaan bumi Perak hakikatnya ditabir oleh DAP.

‘Sebab itulah pada kita bila ada dua pilihan ini, kita mesti bagi tau pilihan terbaik untuk orang Melayu dan negara kita adalah UMNO dan BN, itu mesej yang kena beritahu kepada orang kampung,” katanya.

Najib dalam majlis itu ada cerita nostalgia melibatkan MRSM Parit kerana projek membina institusi itu adalah hasil kelulusan beliau sendiri.

Pada majlis berkenaan beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan kira-kira 900 orang pelajar.

Perdana Menteri memberitahu Ahli Parlimen Parit Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang ‘ kejar’ beliau meminta penubuhan MRSM itu.

“Saya boleh dakwa saya adalah bapa MRSM Parit…” katanya.

UMNO Parit adalah Bahagian pertama yang mesyuaratnya dirasmikan oleh Najib tahun ini.

Pada majlis itu juga Najib mengumumkan kawasan sawah padi seluas 3,160 hektar di Parlimen Parit dimasukkan dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak, yang juga antara Jelapang Padi di negara ini.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan perkara berkenaan dengan syarat ia mendapat persetujuan kerajaan negeri. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*