Di Makkah, Malaysia Bakal Ada Pusat Bersepadu Kompleks Tabung Haji

Share This:

Rakyat Malaysia yang menunaikan ibadat haji dan umrah bakal berjimat ratusan juta ringgit setiap tahun dengan menggunakan khidmat bersepadu bangunan Kompleks Tabung Haji di Arab Saudi.

Kini masih dalam proses untuk mengenal pasti beberapa kawasan yang sesuai di mana anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) akan ke Arab Saudi pada 12 Ogos ini untuk sekali lagi melihat beberapa kawasan yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan bangunan Kompleks Tabung Haji di negara tersebut.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH berharap lokasi tapak kompleks itu amat dekat dengan Makkah bagi memudahkan urusan jemaah haji Malaysia.

“Apabila wujud bangunan sendiri, sudah pasti ia akan memudahkan bakal haji negara ini serta segala urusan dapat dijalankan dengan lebih kemas,” katanya dipetik Agenda Daily.

Abdul Azeez berkata sebelum ini, TH terpaksa membelanjakan beratus juta ringgit setiap tahun bagi menempatkan puluhan ribu jemaah haji Malaysia di lapan hingga 10 hotel di negara tersebut.

“Insya-Allah dengan terbinanya bangunan sendiri, kita dapat menjimatkan wang serta memudahkan segala urusan bakal haji di sana,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah melihat lokasi tapak berkenaan tetapi keputusan mengenainya belum dibuat kerana TH mahu mencari lokasi yang paling dekat dengan Masjidil Haram.

“Saya selaku Pengerusi TH meletakkan kejayaan itu (pembinaan kompleks TH) sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan paling penting, kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mencetuskan ilham bagi pembinaan kompleks ini,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*