DAP – Racun Yang Bakal Mereputkan Akar Perlembagaan dan Rukun Negara

Share This:

Apakah kita harus mengorbankan perjuangan UMNO selama ini  yang telah menjalankan amanah dari rakyat serta prinsipnya untuk keadilan, kebebasan dan demokrasi.  Hanya kerana persepsi DAP serta kuncunya yang bermaharaja lela dalam segenap serangan.

Perkara ini kadang kala telah menyebabkan beberapa pemimpin politik telah tersasar jauh dari perjuangan yang sebenarnya dan terus menjadi pendokong kumpulan pembangkang sekarang. Mereka ini telah mengadaikan maruah diri serta harga diri demi perjuangan yang mempunyai agenda tersembunyi.

Rata-rata rakyat tahu, bukan dasar pejuangan untuk rakyat dan malah ianya hanya perjuangan untuk menempatkan diri dan terus berkuasa untuk menjadikan diri mereka adalah sebahagian daripada pemimpin kleptokrasi.

Datang disambut, perginya diterajang  itu amalan yang acapkali dilakukan oleh de facto DAP iaitu Guan Eng setelah berjaya mencapai hajat yang mereka impikan. Bercakap mengenai perjuangan untuk rakyat , DAP sejak dahulu lagi tidak pernah memikirkan semua itu.

Hanya yang ada didalam minda mereka ialah bagaimana untuk melaksanakan kisah kejayaan akan datang dengan menggunakan Melayu sebagai senjatanya. Masih mahu kita nafikan? Sudah pastinya “iya”, Ini adalah kerana  pada kebanyakan orang Melayu yang menyokong DAP dan sekutunya bukan dasar perjuangan dan mempunyai roh perjuangan bangsa.

Mereka semua ini hanya melihat “apakah yang ada untuk mereka” apabila terus diberikan sokongan kepada DAP walaupun mereka tahu tindakan  itu akan menyebabkan kehancuran sebuah bangsa.

Kepimpinan Negara Malaysia sekian lamanya telah  dan terus menjalankan amanah yang jitu dan diperkemaskan dari masa kersemasa  untuk berjuang untuk rakyat dan dari rakyat. Perkara ini bukan retorik politik kerajaan semata-mata, malah ianya di implimentasikan secara menyeluruh dalam segala transformasi.

DAP serta sekutunya tidak mampu untuk lakukan semua ini dibawah Pakatan, malah  untuk menutup kelemahan mereka ini berbagai fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan. Penghinaan bukan sahaja dari sudut politik, malah ianya agama bangsa dan Negara.

DAP kononnya berpegang kepada Perlembagaan Malayia padahal dasar-dasar parti cauvinis itu menghina dan berlawanan dengan Perlembagaan dan juga rukun Negara yang menjadi teras perjuangan  diskriminasi terhadap kaum yang lain.

Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak sering kali dipertikaikan untuk menghasut rakyat agar terus menentang urustadbir kerajaan yang semakin hari telah mengancam kedudukan DAP serta sekutu mereka.

Apakah DAP masih tidak faham tentang hal ini? Apakah DAP akan terus menggunakan platdform politik untuk menghalakan gerakan mereka menruntuhkan Perlembagaan Negara serta rukun Negara. Seharusnya rakyat Melayu yang sedang dan akan memberikan sokongan harus berfikir secara matang.

DAP terus melakukan penentangan terhadap agama Islam  yang mana saban hari terus mempertikaikan apa yang dilarang dan terkandung didalamnya. Penyebaran kristian dengan menggunakan parti politik telah lama dilakukan. Ini merupakan satu perlanggaran syarat yang termaktub.

DAP sedar bahawa terdapat kawalan dan sekatan untuk mengembangkan agama lain di kalangan orang Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara,

 TETAPI perlembangaan cauvinis DAP TIDAK mahukan akta-akta yang berbentuk ‘diskriminasi’. Fasal II perlembagaan cauvinis DAP ini ternyata telah menghina Perlembagaan Malaysia secara terang-terangan.

DAP terus memperkenalkan dasar sosialis sebagai wadah perjuangan untuk mengeluarkan rakyat dari istilah ciptaan mereka iaitu “diskriminasi” yang mana tidak memberikan faedah  kepada mereka dalam politik, rasuah, serta tidak mahu melihat bahawa Islam terus bertapak di Malaysia.

Malangnya, masih ada pemimpin-pemimpin Melayu yang buta hati dan mata hingga sanggup bersekongkol dengan parti yang anti-Islam dan melanggar Perlembagaan Negara. Malah sanggup menghalalkan apa juga bentuk sebutan yang menghancurkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Dan untuk memberikan impak yang mendalam terhadap gerak kerja DAP. Pakatan Harapan terus mengolah slogan-slogan munafiq mereka  yang setiap kalinya bertukar-tukar mengikut citarasa tanpa ada yang telah dilaksanakan.

Diantara slogan yang dahulunya ialah “ Malaysia yang gagal, Ubah, Cita-cita Malaysia; Impian Malaysia, Impian Sabah, Impian Sarawak, Impian Kelantan, Impian Kedah, Impian Perak dan Impian Johor. Itu  peringkat kedua  slogan perjuangan untuk menipu rakyat dlancarkan.

Pembangkang juga cakap tak serupa bikin, kerana sebelum ini mendesak pemimpin yang terbabit dakwaan berbagai dengan skandal rasuah digantung tugas sehingga kes selesai, tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Guan Eng dihadapkan ke mahkamah.

Jadi apakah gunanya slogan dan  apa juga penentangan terhadap perlembagaan Negara jika pada masa yang sama DAP juga yang melanggarnya. DAP dan sekutu hanya mampu berkata bahawa mereka tidak akan menolak Perlembagaan Negara dan Rukun Negara tanpa tindakan melalui perbuatan dilakukan.

Khususnya orang Melayu pakatan harus membuka mata yang telah buta, telinga yang sudah pekak, mulut dan jari yang telah bisu untuk menyelami sedalamnya “ Siapakah DAP” dalam agenda politik terancang.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*