Pengawal Keselamatan Rogol Anak Sendiri

Share This:

JENIS pekerjaan tidak menentukan tahap keimanan dan moral seseorang itu. Walaupun seseorang itu bekerja sebagai pengawal keselamatan namun anak beliau sendiri tidak selamat dibawah jagaan beliau.

Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Gua Musang, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri.

Tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga bapa kepada dua anak merogol anak sulungnya yang ketika itu berusia sembilan tahun kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Kampung Limau Kasturi, di sini, pada tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perkara sama pada waktu yang sama di rumah nenek mangsa yang berhampiran rumahnya pada awal Januari tahun ini.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Wadfy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam.

Melalui rekod percakapan yang dirakam, mangsa memberitahu, tertuduh juga turut mengugut untuk mengulangi perkara yang sama sekiranya perkara itu diketahui orang lain termasuk ibu mangsa.

Bagaimanapun, perbuatan sumbang mahram yang dilakukan itu terbongkar selepas ibu mangsa yang berusia 34 tahun membuat laporan polis setelah anaknya menceritakan perkara sebenar.

Tertuduh akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang selepas sembilan hari diburu pihak berkuasa.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*