Anak 4 Tahun Maut Dipijak Ibu Hingga Usus Terburai

Share This:

Kejam. Seorang ibu beranak 4 telah ditahan oleh pihak polis kerana menyiksa anak kandungnya Senya berusia 4 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di Lombok Barat, Dusun Tanak Beak. Pembunuhan tersebut bermotifkan masalah ekonomi dan masalah rumah tangga.

Menurut laporan polis Mataram Haris Dinzah, suspek terpaksa menanggung sendiri beban hidup semenjak dua tahun lalu dia ditinggalkan oleh suaminya tanpa khabar.

Akibat dari tertekan menafkahi anaknya yang berjumlah 4 orang ia membunuh anaknya yang paling kecil.

Penyiksaan sampai mati itu dipercayai dilakukan di dalam rumahnya hingga mangsa mengalai luka koyak di bagian kepala dan luka koyak di bagian perut hingga usunya keluar yang dipercayai di pijak oleh ibunya.

Bagaimanapun mangsa ditemukan pertama kali oleh seorang penduduk dusun tersebut di tepi pantai dan cuba melarikan mangsa kehospital untuk mendapat rawatan, ketika di rawat di hospital mangsa sempat sedarkan diri dan meminta di dukung serta di cium.

Namun begitu, kerana luka yang terlalu parah, mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi itu dan dikuburkan selepas solat Zohor di kampungnya Tanak Beak.

Sementara itu, ibu kandung mangsa telah berjaya di tahan dan memberikan keterangan yang bercanggah hingga kini ibu mangsa dibawa menjalani pemeriksaan jiwa bagi membantu untuk mendapatkan keterangan yang lebih konsiten.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*