Tulis Jawapan Di Kuku Untuk Menipu, Tindakan Pelajar Licik Dikecam Netizen

Share This:

Bagi golongan pelajar, apa yang paling ditakuti adalah masuk ke dewan peperiksaan dan terlupa semua yang mereka belajar akibat tekanan.

 
Namun, memetik laporan Daily Mail Online, seorang pelajar di United Kingdom (UK), mendapat satu idea untuk membawa nota ke dewan peperiksaan dengan menulis jawapan pada hujung kukunya ketika menjalani peperiksaan subjek fizik. 
 
Bagaimanapun, seorang pelajar licik mendapat penyelesaian unik untuk membantunya menangani peperiksaan subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya.
 
Pelajar yang licik itu dipercayai seorang gadis dikenali Blood_Repaer, menerusi laman sosial Reddit, difahamkan memuat naik gambar yang menunjukkan bagaimana dia menuliskan formula fizik di atas kertas kecil yang kemudian dilekatkan pada bahagian bawah kukunya yang panjang. 
 
Biarpun tidak jelas sama ada gadis berkenaan pelajar sekolah atau penuntut universiti, tetapi tindakan gadis itu mendapat pelbagai reaksi pengguna maya. 
 
Ada yang memuji kelicikannya namun tidak kurang juga yang mengecam tindakan wanita itu yang menipu ketika peperiksaan dan mengganggapnya sebagai ‘menyedihkan.’
 
“Adakah dia fikir menipu ketika peperiksaan itu satu perkara yang baik?” tanya seorang pengguna. 
 
Malah beberapa orang yang memahami teori fizik turut mengkritiknya kerana tidak dapat menjawab beberapa soalan mudah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*