Rogol, Simbah Cecair Peluntur – 7 Suspek Ditahan

Share This:

Susulan kes rogol dua pembantu taska di Pandan Indah pada 14 Julai lalu, polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita berusia 45 tahun bagi membantu siasatan.

Memetik Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, mangsa disimbah cecair peluntur di seluruh badan selepas dirogol.

“Dalam kejadian jam 4 pagi itu, dua lelaki memecah masuk taska sebelum merogol dua wanita yang juga pembantu taska.

“Mangsa dirogol dan disimbah cecair peluntur kononnya untuk menghilangkan bukti sebelum suspek melarikan diri bersama televisyen dan telefon milik mangsa,” katanya.

Tambah Fadzil, pihaknya menahan tujuh suspek warga tempatan berusia antara 27 hingga 45 tahun dalam serbuan bermula 5 petang dan berakhir 5 pagi tadi di sekitar Ampang Jaya, lapor akhbar berkenaan.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*