Rafizi Tabur Fitnah, Rafizi Jadi MP, Rafizi Kena Saman, Rakyat Pula Kena Tanggung?

Share This:

Kata orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Mungkin pribahasa ini sesuai untuk dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Dalam arus politik Malaysia hari ini, nama Rafizi cukup dikenali sebagai Raja Fitnah nombor satu dalam Malaysia.

Manakan tidak, “kehebatan” dia menipu dan membuat fitnah telah memaliti hampir kesemua agensi kerajaan termasuklah Lembaga Tabung haji yang ditubuhkan khas untuk membantu umat Islam di negara ini menunaikan haji. Sedangkan, Rafizi sendiri mempunyai simpanan lebih setengah juta Ringgit di dalam agensi berkenaan.

Paling diingati adalah bagaimana Rafizi membuat satu fitnah yang cukup jahat terhadap National Feedlot Corporation (NFC). Menerusi siri fitnah ini dengan di bantu beberapa fitnah yang lain yang membolehkan Rafizi berjaya menjadi Ahli Parlimen Pandan untuk dua penggal berturut-turut.

Hampir setiap hari, Rafizi mereka-reka fitnah terhadap NFC sehinggakan ianya telah mendatangkan aib yang cukup besar terhadap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suami. Menerusi fitnahnya, Rafizi mendakwa, NFC telah melesapkan beratus juta wang yang diperuntukkan untuk membangunkan syarikat tunggal negara yang membekalkan daging halal kepasaran dalam negara.

Sehinggakan, dia mendakwa, lembu-lembu yang dipelihara oleh NFC sudah boleh tinggal di dalam kondominium akibat penyelewengan berkenaan. Melihat kepada kebiadaban Rafizi ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Rafizi berhubung deretan fitnah yang dia taburkan hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Akhirnya, pada 31 Oktober 2016 kebenaran akhirnya tersingkap apabila mahkamah memutuskan Rafizi bersalah dan diarahkan membayar RM 150,000 kepada Datuk Seri Mohamad Salleh dan RM 50,000 kepada NFC dengan kos-kos lain yang akan diputuskan kemudian.

Hari ini, setelah hampir 10 bulan berlalu, Rafizi masih lagi gagal membayar saman seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Ironinya, walaupun mempunyai simpanan lebih setengah juta di dalam Tabung Haji dan mempunyai pendapatan melalui sebuah syarikat yang ditubuhkannya, INVOKE, namun Rafizi memilih untuk menjadi kedekut dan sanggup menjadi peminta sedekah.

Terbaru, Rafizi dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menyumbang kepadanya untuk membayar saman berkenaan. Persoalannya, kenapa perlu memeras orang ramai terhadap salah dan fitnah yang dia sendiri reka? Apa haknya untuk meminta sumbangan orang ramai sedangkan kes berkenaan membabitkan dirinya?

Inilah sikap dan rupa sebenar pembangkang. Kes Rafizi meminta bantuan orang ramai bagi membantunya menyelesaikan saman ini sebenarnya turut pernah berlaku terhadap beberapa orang lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Semasa memfitnah, tidak ingat dunia. Tapi lepas di saman dan kalah, rakyat akan diheret sama. Adakah ini yang dinamakan sebagai sebuah pakatan yang bertanggungjawab?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*