“Jangan Cabar PDRM Kerana Ke Lokap Jua Akhirnya” – Khalid

Share This:

“Tak perlu tunjukkan keberanian jadi ahli kongsi gelap dengan melempar molotov cocktail kepada polis. Jangan cabar kita.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sedemikian ketika mengisytiharkan pihaknya akan ‘berperang’ membanteras kegiatan kongsi gelap habis-habisan berikutan tindakan berani segelintir ahli pertubuhan haram mencabar pasukan keselamatan itu.

Memetik BH Online, anggota kongsi gelap berasa tertekan dengan Op Cantas Khas yang kini digerakkan secara besar-besaran, namun Khalid bertegas pihaknya tidak akan tunduk dengan sebarang provokasi mereka.

“Mereka ini (kumpulan kongsi gelap) sengaja hendak menunjukkan diri relevan sebagai ahli geng. Saya hendak nasihatkan, mereka ini tidak akan ke mana kerana akhir-nya ke lokap juga,”katanya dalam sidang akhbar.

Ahad lalu, enam kumpulan kongsi gelap Geng 24 berusia antara 21 hingga 41 tahun ditahan kerana bertindak ganas dengan melempar molotov cocktail di Ibu pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, pada Sabtu lalu.

Comments

comments

Related Post

One thought on ““Jangan Cabar PDRM Kerana Ke Lokap Jua Akhirnya” – Khalid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*