Haqiem Rusli Bengang Dikritik Gagal Menyanyi ‘Live’

Share This:

Bakat baru yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli sering dipuji kerana mempunyai vokal yang hebat.


Namun baru-baru ini netizen mengkritiknya selepas mendapati dia tidak mampu menyanyi secara live dengan nada tinggi seperti mana dalam versi studio. 


Tak mahu dirinya terus dicemuh, Haqiem, 18 bertindak membalas kritikan itu dengan menjelaskan keadaan sebenar. Pun begitu terdapat pula pendapat yang mengatakan dia seperti berlagak sombong dengan apa yang diujarkannya itu. 


“Saya boleh terima sebarang kritikan daripada peminat. Tapi kalau komen atau kritikan tersebut seakan-akan ingin menjatuhkan, saya perlu pertahankan diri.

“Mestilah saya rasa sakit hati apabila kita dah lakukan yang terbaik tapi masih ada yang tidak berpuas hati.

“Tapi saya tidak mahu ambil perkara tersebut terlalu serius. Bagi saya, mereka kutuk dapat dosa dan saya dapat pahala,” katanya kepada Mstar Online. 


Haqiem juga mengakui tidak mampu membawakan nada tinggi dalam lagu Tergantung Sepi seperti dalam versi studio. Namun, dia menukar cara nyanyian yang masih ‘sedap’ didengar dan bukannya cuba melawan arus sehingga ‘terkucil’.

“Orang selalu ingat nyanyi lagu nada tinggi secara langsung itu mudah sahaja. Memang la dalam rakaman suara tak ada masalah sebab boleh buat berulang kali.

“Secara jujur, saya memang tak boleh nak capai nada tersebut sebab itu saya tukar melodi lain. Tapi yang penting, saya sudah lakukan dengan terbaik.

“Bukan nak cakap besar atau berlagak tapi sekurang-kurangnya saya tidak nyanyi sumbang,”ujarnya lagi. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*