Cukai Pelancongan : Bila Kerajaan DAP PP Mahu Selaraskan Sistem Cukai Dengan Kerajaan?

Share This:

Pengumuman Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung pengecualian cukai pelancongan terhadap warga tempatan, dilihat cukup tepat. Ini kerana, dalam sektor pelancongan, secara amnya dikuasai oleh rakyat tempatan di mana semua itu di lihat mampu memangkin pendapatan penduduk setempat.

Hanya pelancong asing sahaja yang dikenakan cukai pelancongan pada kadar purata RM 10 bagi semua kelas hotel yang akan berkuatkuasa pada 1 Ogos ini. Pada masa yang sama, RM 1 daripada RM 10 yang dikutip akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri bagi menggalak dan melaksanakan promosi pelancongan.

Melihat kepada pengumuman ini, ingin ditanyakan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, bilakah kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini dtadbir oleh DAP, mahu menyelaraskan kutipan cukai pelancongannya dengan kerajaan pusat?

Ini kerana pada 2014, kerajaan Pulau Pinang telah memulakan kutipan cukai yang diberi nama cukai katil kepada semua pelancong ke negeri berkenaan. Malah, cukai itu juga dikenakan terhadap semua bilik dan bergantung kepada berapa buah katil yang ada di bilik berkenaan. Tiada sebarang pengecualian cukai terhadap warganegara dengan caj cukai berkenaan dikenakan sama rata samada warganegara mahupun bukan.

Jika melihat kepada senario ini, adakah mungkin kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengenakan dua cukai sekaligus terhadap pelancong yang berkunjung ke negeri berkenaan? Jika itu berlaku, setiap seorang pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang terpaksan membayar dua cukai hanya semata-mata mahu bermalam di Pulau Pinang.

Bukankah ianya satu penginayaan terhadap pelancong? Jika bersandarkan kepada reaksi kerajaan negeri, nampaknya mereka tidak bersedia untuk memansuhkan cukai katil dan menyelaraskan sistem kutipan cukai berkenaan dengan sistem cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Ini kerana, sejak 2014, kerajaan negeri Pulau Pinang mengutip cukai berkenaan dan kononnya diletakkan di dalam satu tabung khas yang akan digunakan untuk mempromosikan sektor perlancongan di Pulau Pinang. Apa yang menghairankan, sehingga hari ini, kerajaan negeri tidak pernah walau sekalipun mengumumkan hasil dari kutipan cukai berkenaan dan kemana ianya dibelanjakan.

Dalam hal ini, adalah lebih baik kerajaan negeri Pulau Pinang memansuhkan terus cukai katil berkenaan dan seterusnya menyelaraskan sistem kutipan cukai pelancongan berkenaan sesuai dengan Akta Pelancongan. Jika ianya diselaraskan, kadar kutipan cukai hanya sekali dan bukan dua kali sekiranya Cukai Pelancongan berkenaan dilaksanakan kelak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*