CCTV Rakam Lelaki Melancap Dalam Kedai Buku, “Pancut” Atas Belakang Wanita

Share This:

Alahai, semakin hari semakin banyak berlaku kes-kes pelik dan langsung tak tercapai dek akal. Bukanlah pertama kali kita dihebohkan dengan kes gangguan seksual tapi kali ini lebih menyeramkan dan cukup jijik.


Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh 百格 Pocketimes, aksi seorang lelaki sedang beronani di dalam sebuah kedai buku yang terletak di Solaris Dutamas terakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Bukan sahaja beronani, malah seorang wanita yang berada di dalam kedai buku itu turut menjadi “mangsa” lelaki miang ini.


Menurut Sinchew, seorang wanita sedang duduk di ruang membaca kanak-kanak sementara menunggu suaminya menyelesaikan urusan di pusat beli-belah tersebut. Pada ketika itulah lelaki gila seks tersebut secara tiba-tiba merasa teransang dan ghairah melihat wanita berumur 40 tahun itu lalu mengambil keputusan nekad untuk beronani.


Menerusi rakaman CCTV, lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam itu pada mulanya dilihat berdiri di belakang rak buku sambil beronani dan memandang wanita tersebut yang ketika itu sedang khusyuk membaca buku.


Melihat mangsa sedang fokus membaca, lelaki itu menghampirinya dan menyambung semula beronani sambil menutup kemaluannya menggunakan buku.


Selepas beberapa saat, lelaki itu kemudian memancutkan air mani di belakang badan mangsa sebelum berlalu pergi.

Kredit video – 百格 Pocketimes



Mangsa kemudian merasa tidak selesa di bahagian belakang badannya dan selepas diperiksa, wanita itu terkejut besar apabila mendapati cecair yang melekat di bajunya itu adalah air mani.


Lalu, mangsa segera menghubungi suaminya yang merupakan seorang peguam berpangkat Dato. Untuk memberi peringatan kepada orang ramai, suaminya mengambil keputusan untuk menceritakan tentang insiden itu di media sosial.


“Dia panik dan menangis, kerana tidak menyangka ada orang akan lakukan perkara sebegitu di kedai buku!” kata suaminya.

“Saya mempunyai seorang anak dan saya tidak mahu insiden sebegitu berlaku kepadanya atau sesiapa yang lain” tambahnya lagi.



Diharapkan semua wanita lebih berhati-hati kerana pelaku ini masih bebas di luar sana. Agak-agaknya, apakah penyebab utama semakin “membiak” lelaki gila seks seperti ini? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*