Belasah Teman Wanita Kerana Pakai Baju Putih

Share This:

Gila! Seorang lelaki membelasah teman wanitanya hanya kerana dia memakai baju berwarna putih yang disifatkannya sebagai ‘tidak senonoh’.

Memetik BH Online, Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Rudy Iswandy Salleh, 40, selepas dia mengaku bersalah di hadapan Hakim Maris Agan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan selepas dia gagal membayar denda  RM1,500 yang ditetapkan.

Menurut laporan, Rudy dituduh menyerang Francylya Tiara Stephen, 28, di rumah sewanya di Jalan Abdul Rahman di Sarikei, Sarawak pada jam 4.45 petang, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes seperti dipetik BH, dalam kejadian itu, tertuduh menendang mangsa di bahagian belakang badan dan menumbuk bahagian keningnya.

Rudy ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Isnin lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*